Overwatch League hari ini mengumumkan format untuk postseason dan Grand Final 2020. Kesemua 20 pasukan berpeluang untuk layak ke musim postseason selepas ini. Pertandingan akan diadakan secara dalam talian dan sekali lagi akan dibahagi dua bahagian, dengan 13 pasukan bermain di Amerika Utara, dan tujuh di Asia. Pengagihan akan ditentukan oleh kedudukan musim biasa dan persembahan pasukan dalam tiga kejohanan: May Melee, Summer Showdown dan Countdown Cup.
Perlawanan Postseason akan bermula 3 September ini dengan perlawanan single-elimination play-in antara seed terendah di bracket Amerika Utara dan Asia. Perlawanan penyingkiran berganda akan dimulakan pada hujung minggu pada 5 September antara pasukan yang memenangi perlawanan play-in mereka. Baki pasukan selebihnya akan bersaing dengan pasukan yang lebih tinggi dalam kejohanan penyingkiran berganda di Amerika Utara dan Asia pada minggu berikutnya. Gelaran juara pemenang dan kalah di setiap wilayah akan mara ke kejohanan empat Grand Final akhir.
Empat pasukan terakhir akan bertanding dalam bracket double-elimination, dengan dua pasukan mara ke Grand Final untuk bersaing untuk kejuaraan liga. Untuk membolehkan keempat-empat pasukan bersaing di pelayan yang sama, kedua pasukan Amerika Utara akan pergi ke Asia. Sebelum keempat-empat finalis berhadapan, pasukan Overwatch League akan mengambil cuti beberapa minggu untuk keperluan kesihatan dan keselamatan dan mengambil kira logistik perjalanan.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai postseason Overwatch League 2020, jangan lupa layari laman web rasmi Overwatch League. Overwatch League kembali beraksi pada hari Jumaat ini dengan bermulanya Countdown Cup. Untuk jadual penuh perlawanan, lawati overwatchleague.com/schedule.
Ikuti semua berita dan kandungan Overwatch League terbaru di laman web Overwatch League, serta di Twitter, Facebook, Instagram, dan YouTube. Langgan buletin Overwatch League untuk menerima kemas kini terbaru dari liga.

@gamersantaimy
Discussion about this post