Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Overwatch 2 x Transformers Tambah Empat Skin Baharu – Tersedia Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 10, 2024
in Artikel, Berita, Kolaborasi, Shooter
0 0
0
Overwatch 2 x Transformers Tambah Empat Skin Baharu – Tersedia Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Kolaborasi terbaharu Overwatch 2 menampilkan francais yang popularitinya memang tidak boleh dipertikaikan. Di sini, saya ingin memperkenalkan – kolaborasi Overwatch 2 x Transformers – yang secara rasmi bermula hari ini!

Sebanyak empat skin unik telah ditambahkan ke dalam game, di mana Blizzard turut mengeluarkan trailer animasi di atas. Mempamerkan skin Transformers baharu, video pengumuman ini merupakan animasi khas – yang pasti membangkitkan rasa nostalgia bagi mereka yang suka menonton kartun Transformers dahulu.

Walaupun kami sudah dapat melihat rupa bentuk keseluruhan Overwatch 2 x Transformers, Blizzard juga memuat naik video gameplay hari ini yang menunjukkan setiap skin sedang beraksi, bagi pandangan yang lebih mendalam.

Kolaborasi ini menambah Optimus Prime Reinhardt, Megatron Ramattra, Arcee Illari dan Bumblebee Bastion. Setiap skin sangat terperinci dan modelnya memang menyerupai watak Transformers original tetapi bersama keunikan Overwatch. Bagi saya, Optimus Prime Reinhardt paling mengagumkan, dan selepas itu, mungkin saya akan cuba mendapatkan Bumblebee Bastion.

Kredit: Blizzard

Acara Overwatch 2 x Transformers membenarkan pemain membeli setiap skin secara individu, tetapi pemain juga mempunyai pilihan untuk mengumpulkan kesemuanya sebagai sebahagian daripada Mega Bundle. Ganjaran percuma akan disediakan sebagai sebahagian daripada acara ini juga, termasuk player icon, name card, dan title bertemakan Transformers.

Kredit: Blizzard

Seperti saya kata tadi, kolaborasi ini bermula sekarang dan akan berlangsung sehingga 23 Julai, jadi sesiapa yang berminat boleh log masuk sekarang

Acara Transformers bukan satu-satunya perkara menarik yang ada dalam Overwatch 2 sekarang. Game turut melancaran acara Summer Games tahunan, yang merangkumi game mode masa terhad dan skin bertema musim panas. Ini diikuti oleh Quick Play Hacked: Pickable Passive pada 15 Julai, dan Mythic Weapon pertama pada 23 Julai iaitu Mythic Bound Demon Reinhardt Weapon Skin.

Kredit: Blizzard
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Overwatch 2 x Transformers
ShareTweetSend
Previous Post

Previu The Seven Deadly Sins: Idle – Geng 7DS Bertukar Chibi?

Next Post

PC Game Pass Naik Harga, Dari RM15 Ke RM20!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
PC Game Pass Naik Harga, Dari RM15 Ke RM20!

PC Game Pass Naik Harga, Dari RM15 Ke RM20!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd