Blizzcon 2023 telah pun mendedahkan hero terbaharu Overwatch 2, Mauga semalam tetapi ada banyak lagi kandungan baharu yang akan menanti pemain pada tahun depan. Jom kita lihat kesemua benda baru yang akan tersedia dalam Overwatch 2 pada masa akan datang.
Mode Clash

Mode baharu bernama “Mode Clash” akan diperkenalkan. Kalau anda ingin tahu, ini mode ketiga untuk Overwatch 2. Mode PvP ini memaparkan lima capture point berbeza, dengan center point dibuka pada awal pusingan. Pasukan perlu menakluk center point ini termasuklah center point yang sudah dimiliki pihak lawan. Pasukan yang berjaya menakluk cukup capture point adalah pemenangnya.
Hero Mastery
Season 8 Overwatch akan menambah 5 hero baru ke dalam Hero Mastery iaitu: Mei, D.Va, Genji, Lucio dan Echo. Sebagai tambahan, akan ada mode co-op baharu yang ditambah iaitu “Hero Mastery: Gauntlet”, yang mempunyai gameplay seakan-akan tower defense.
Update kepada gameplay kompetitif
Nampaknya pasukan Overwatch 2 mendengar maklum balas daripada komunitinya. Ada beberapa benda yang akan berubah daripada segi kompetitif game.

Pertama sekali, ranking pemain akan dikemas kini selepas setiap game. Jika ranking pemain baik, mereka boleh naik ke level seterusnya tanpa berbuat apa-apa. Apabila season baharu dilancarkan, ranking juga akan reset. Jadi pemain perlu bermain semula untuk dapatkan ranking terbaru. Terdapat juga level ranking baharu yang akan diperkenalkan iaitu Ultimate.
Hero Baru
Barisan hero Overwatch 2 bertambah dengan kehadiran hero Tank, DPS dan Support baharu. Tank telah pun didedahkan semalam iaitu Mauga. Hero DPS pula diperkenalkan sebagai Venture manakala support baharu pula bernama kod “Space Ranger”.


Untuk dapatkan berita lain mengenai Blizzcon 2023 daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post