Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Overwatch 2 PvP Beta bakal bermula – Cara daftar, spec PC, & lain-lain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 26, 2022
in Artikel, Berita, Beta, PC, Shooter
0 0
0
Overwatch 2 PvP Beta bakal bermula – Cara daftar, spec PC, & lain-lain
Share on FacebookShare on Twitter

Overwatch 2 didedahkan secara rasmi di Blizzcon 2019, dan selepas sekian lama game itu akhirnya akan memulakan ujian beta pertama pada awal pagi 27 April 2022 sehingga 17 Mei. Bersama ujian ini, beberapa perubahan besar akan datang di Overwatch 2, termasuk perubahan 6v6 kepada 5v5, serta penambahan mode PvE baru.

Bagi sesiapa yang ingin mencuba ujian beta, berikut adalah info yang korang perlu tahu!

Bila ujian beta akan bermula dan bagaimana untuk masuk?

Beta Overwatch 2 akan bermula pada 2AM 27 April dan memfokus secara eksklusif pada PvP. Ujian akan berlangsung hingga 17 Mei tetapi tarikh ini tertakluk kepada perubahan berdasarkan keperluan ujian. Malangnya, beta ini hanya tersedia untuk pemain PC, jadi pemain konsol perlu menunggu buat sementara.

Bagi sesiapa yang berminat, korang boleh “daftarkan diri” untuk beta di laman web rasmi, tetapi saya perlu jelaskan bahawa itu tidak menjamin korang akan dipilih.

Bahagian FAQ menerangkan bahawa cara pemain dipilih adalah berdasarkan pelbagai faktor, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) “rantau Battle.net penguji, bila anda mendaftar, dan spesifikasi perkakasan komputer.”

Satu lagi perkara penting yang korang perlu tahu adalah peserta perlu memiliki salinan Overwatch pertama untuk mengambil bahagian dalam beta.

Spesifikasi yang diperlukan

Memandangkan beta Overwatch 2 hanya di PC, korang perlu memastikan desktop mempunyai kuasa yang secukupnya untuk menjalankan game ini. Berikut ialah spesifikasi minimum dan disyorkan yang disediakan oleh Blizzard:

Minimum

  • Operating System: Windows 7 / Windows 8 / Windows 10 64-bit
  • Processor: Intel Core i3 or AMD Phenom™ X3 8650
  • Video card: NVIDIA GeForce GTX 600 series, AMD Radeon™ HD 7000 series
  • Memory: 6 GB RAM
  • Storage: 50 GB available hard drive space

Recommended

  • Operating System: Windows® 10 64-bit (latest Service Pack
  • Processor: Intel Core i7 or AMD Ryzen 5
  • Video card: NVIDIA GeForce GTX 1060 or AMD R9 380
  • Memory: 8 GB RAM
  • Storage: 50 GB available hard drive space

Perlawanan 5v5

Perubahan terbesar Overwatch 2 adalah perlawanan 6v6 ditukar kepada 5v5, yang mengubah keseluruhan pengalaman secara drastik. Kini setiap pasukan akan terdiri daripada dua DPS, dua support, dan satu tank.

Bagi pemain baru, perubahan ini mungkin menjadikan Overwatch 2 lebih mudah diakses oleh mereka yang tidak berpengalaman.

Hero baru, rework baru

Secara keseluruhan, beta Overwatch 2 akan menampilkan sebanyak 32 watak termasuk watak original serta seorang hero baru bernama, Sojourn. Dia merupakan ahli original kepada pasukan Overwatch dan watak pertama daripada Kanada.

Secara ringkas, Sojourn ialah hero pantas yang mempunyai abiliti “powerslider” yang sangat berguna dalam pertarungan. Berikut ialah video trailer tentang Sojourn:

Berikut pula antara hero yang dapat rework:

Doomfist
Orisa
Sombra
Bastion

Jika berminat, jangan lupa untuk join beta PVP Overwatch 2! Untuk segala liputan kami tentang Overwatch, sila tekan pautan ini.

Sumber: Blizzard

Muat turun disini!!
Overwatch
Nintendo Switch, Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Overwatch ialah sebuah team-based multiplayer first-person shooter yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Blizzard Entertainment. Digambarkan sebagai "hero shooter," Overwatch membahagikan pemain kepada dua pasukan, dengan lebih daripada 30 watak untuk dipilih.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BETAOverwatch 2PCShooter
Previous Post

Bandai Namco keluarkan screenshot terbaru untuk watak dan musuh One Piece Odyssey

Next Post

One Piece episod 1015 antara episod terbaik dalam sejarah anime!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece episod 1015 antara episod terbaik dalam sejarah anime!

One Piece episod 1015 antara episod terbaik dalam sejarah anime!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd