Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Outriders PERCUMA bermula 20 Jun – 23 Jun di Steam! Download sekarang!

safwan by safwan
June 21, 2022
in Action, Artikel, Berita, Game Percuma, PC, Promosi, RPG, Shooter, Steam
0 0
0
Outriders PERCUMA bermula 20 Jun – 23 Jun di Steam! Download sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan pelancaran DLC Worldslayer yang bakal tiba pada 30 Jun 2022, Outriders kini PERCUMA untuk dimainkan dalam masa terhad bermula 20 Jun sehingga 23 Jun 2022 di Steam. Game yang dibangunkan oleh People Can Fly dan diterbitkan oleh Square Enix ini telah dilancarkan pada 2 April 2021 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.

Ia merupakan game co-op online action RPG dengan pandangan third person. Pada permulaan game, pemain akan mencipta watak dan memilih daripada empat kelas. Setiap daripada kelas tersebut mempunyai kebolehan yang berbeza dan unik untuk digunakan oleh pemain seperti Trickster yang boleh mengawal masa, Pyromancer boleh mengawal api, Devastator boleh melancarkan serangan tanah dan Technomancer yang menggunakan turret dan peranti lain untuk membuat serangan.

Jika nak berkata tentang campaign, terdapat pemain yang menghabiskannya dalam masa 12 jam tetapi tidak termasuk side quest, bounties, dan memburu. Kalau nak kira itu semua, mungkin memakan masa sehingga 30 jam untuk menghabiskan keseluruhan game. Berikut adalah sinopsis Outriders:

Apabila manusia mengalami pertumpahan darah di Enoch, pemain akan mencipta Outrider dan memulakan perjalanan merentasi planet yang mempunyai banyak musuh. Dengan penceritaan yang merangkumi pelbagai dunia, pemain akan meninggalkan bandar terpencil di First City untuk mengejar isyarat misteri.

Alang-alang dapat main percuma selama 3 hari, korang boleh sahaja luangkan sedikit masa untuk cuba menghabiskan game ini. Jika nak dibandingkan dengan demo yang diberi, sudah pasti content yang diberikan secara percuma ini tiada had. Demo pula boleh sahaja main pada bila-bila masa cuma content yang diberikan adalah sangat terhad dengan menunjukkan prolog dan bab pertama sahaja.

Selain itu, mereka juga mengambil inisiatif ini untuk membuat promosi bagi base game bersama DLC Worldslayer pada harga RM227.98 dengan potongan sebanyak 33%. Korang tidak perlu risau, mereka juga menyediakan potongan harga untuk base game-nya pada RM92.95.

Saya ingin mengingatkan bahawa Outriders boleh dimainkan secara PERCUMA di Steam bermula 20 Jun sehingga 23 Jun 2022. Rebutlah peluang keemasan ini untuk mencuba menghabiskan sekurang-kurangnya campaign. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Outriders
Publisher: Square Enix
Release Date: 2021-04-01
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Outriders adalah penembak orang ketiga yang akan datang yang dikembangkan oleh People Can Fly dan diterbitkan oleh Square Enix. Ini akan dirilis pada 1 April 2021 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X / S. Ia juga akan dilancarkan di Stadia pada 2021.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: OutridersOutriders Worldslayer
Previous Post

MOBA klasik Heroes of Newerth rasmi tutup selepas 12 tahun aktif

Next Post

Dunia Dragon’s Dogma kembali meriah selepas pengumuman sekuel!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Dunia Dragon’s Dogma kembali meriah selepas pengumuman sekuel!

Dunia Dragon's Dogma kembali meriah selepas pengumuman sekuel!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd