Anime Ousama Ranking atau Ranking of Kings telah pun tamat beberapa bulan yang lalu. Ramai juga peminat yang inginkan musim terbaru anime tersebut. Baru-baru ini, akaun Twitter rasmi anime telah mengeluarkan pengumuman terbaru mengenai siri tersebut. Tetapi malangnya ia bukanlah musim terbaru tetapi ia merupakan projek animasi terbaru Ousama Ranking.
Projek animasi tersebut diberi nama Ranking of Kings: Tresure Chest of Courage. Dikatakan ia akan menunjukkan beberapa scene yang tidak ditunjukkan dalam siri anime tersebut. Senang cerita projek ini hanyalah episod-episod khas untuk anime Ousama Ranking. Bersama pengumuman rasmi tersebut, visual teaser untuknya juga telah didedahkan. Ia memaparkan watak utama Bojji dan Kage yang membuka sebuah peti harta karun.
Melalui laman web rasmi anime, WiT Studio akan kembali untuk menghasilkan projek ini. Malah setiap pelakon suara daripada siri anime juga kembali dengan watak masing-masing. Mesti anda juga tidak sabar untuk melihat kisah tambahan yang berlaku sepanjang pengembaraan Bojji dan Kage. Kalau anda ingin tahu, manga Ousama Ranking masih tiada kandungan yang cukup untuk musim kedua. Jadi memang lambat lagilah untuk siri ini mendapat musim terbaru. Tetapi boleh sahaja kita layan siri spin-off ini.

Berikut adalah sinopsis rasmi untuk anime Ousama Ranking:
Cerita ini berkisarkan tentang watak utama, Boiji. Dilahirkan pekak, lemah, dan tak berupaya untuk mengacukan walau pisau untuk kanak-kanak.Namun begitu, Boiji berimpian untuk menjadi raja terbaik di dunia. Kekayaan negara, jumlah lelaki kuat, dan sama ada raja negara itu kuat seperti wira menentukan kedudukan seseorang raja setiap negara, atau turut dikenali sebagai Kedudukan Raja-raja. Walaupun Boiji yang kental dan baik hati merasa tersinggung oleh kata-kata ini, dia masih menghadapi hidup dengan positif kerana dia mahu memenuhi janjinya kepada mendiang ibundanya. Dia kemudiannya berkawan dengan satu-satunya sahabatnya, Kage yang membawa perubahan besar dalam hidupnya.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post