Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Orang Jepun tidak puas hati dengan anime Solo Leveling, katanya “memalukan negara mereka”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 7, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Orang Jepun tidak puas hati dengan anime Solo Leveling, katanya “memalukan negara mereka”
Share on FacebookShare on Twitter

Pada beberapa hari lepas, kita akhirnya dapat berita bahawa siri novel dan manhwa popular Solo Leveling akan menerima adaptasi anime yang diuruskan oleh studio A-1 Pictures. Malangnya, isu baru telah muncul di mana ramai orang Jepun tidak puas hati dengan adaptasi anime Solo Leveling kerana unsur-unsur anti-Jepun.

Jadi apakah puncanya?

Bagi sesiapa yang tidak tahu tentang kisah manhwa ini, Solo Leveling adalah siri daripada Korea manakala negara Jepun ditunjukkan sebagai salah satu “orang jahat/antagonis” yang cuba untuk mengkhianati negara Korea sekira diberi peluang.

Goto Ryuji (tengah) ialah pemburu terkuat di Jepun

Sebagai contoh, Persatuan Pemburu Korea dan Jepun telah bekerjasama untuk melakukan operasi bersama bagi menghapuskan satu ancaman besar. Walau bagaimanapun, rancangan sebenar Jepun adalah untuk membunuh pemburu S-Rank Korea, supaya negara mereka akan bergantung kepada Jepun pada masa hadapan. Namun rancangan mereka gagal dan majoriti pemburu Jepun telah dibunuh serta mengalami banyak kerugian besar.

Pengerusi Persatuan Pemburu Jepun, Matsumoto Shigeo, menyerahkan dirinya kepada pihak berkuasa.

Sudah pasti, ramai pembaca Jepun tidak suka untuk melihat negara mereka dilabel sebagai orang jahat. Selepas pengumuman itu, beberapa netizen Jepun telah meluahkan kekecewaan dan kebimbangan mereka di laman media sosial peribadi. Berikut adalah beberapa komen yang mengkritik adaptasi anime Solo Leveling:

Syarikat animasi Jepun menganimasikan manga Korea, dengan unsur anti-Jepun. Saya ingin bertanya kepada pengarang asal, “mengapa dia membenarkan anime yang dihasilkan oleh syarikat di negara yang dia tidak suka?”

Saya ada mendengar bahawa ia mempunyai cerita anti-Jepun. Saya tertanya-tanya apakah niat A-1 Pictures membuat anime sebegitu di Jepun. Saya tidak kisah kerana saya tidak menonton anime seperti ini.

Kini timbul persoalan baru: adalah A-1 Pictures akan mengadaptasikan anime Solo Leveling mengikut jalan cerita original atau adakah mereka akan menukar beberapa bahagian (seperti menjadikan Jepun negara baik) untuk mengelakan kecaman peminat? Apa pendapat korang?

https://www.youtube.com/watch?v=Ls3Eorw10uU

Sinopsis Solo Leveling:

Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

Sumber – Yaraon, Otakamu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeJepunSolo Leveling
Previous Post

Bright Memory: Infinite akan tiba ke konsol PS, Xbox dan Switch pada 21 Julai ini!

Next Post

Main The Crew 2 secara PERCUMA minggu ini! Bermula 7 hingga 13 Julai 2022!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Main The Crew 2 secara PERCUMA minggu ini! Bermula 7 hingga 13 Julai 2022!

Main The Crew 2 secara PERCUMA minggu ini! Bermula 7 hingga 13 Julai 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd