Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

OPUS: Prism Peak Dedah Gameplay Rasmi dan Tarikh Keluaran 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 14, 2025
in Adventure, Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
OPUS: Prism Peak Dedah Gameplay Rasmi dan Tarikh Keluaran 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin ramai di komuniti gaming indie sedang teruja kerana SIGONO dan Shueisha Games akhirnya memperkenalkan trailer rasmi gameplay untuk OPUS: Prism Peak semasa acara Triple-i Initiative pada 10 April 2025.

Dengan visual yang mempesona serta gambaran baharu terhadap pengembaraan berasaskan naratifnya, trailer tersebut turut mengesahkan bahawa game ini akan dilancarkan sekitar Musim Luruh 2025 (antara September hingga November) untuk platform PC melalui Steam, lengkap dengan sokongan bahasa Inggeris, Jepun, dan Mandarin.

OPUS: Prism Peak membawa pemain menyelami kisah seorang jurufoto pertengahan usia yang keletihan, yang setelah mengalami pelbagai kegagalan dalam hidup dan kerjaya, secara tiba-tiba mendapati dirinya tersesat di sebuah alam misteri dan luar biasa ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya.

Trailer yang baru sahaja dilancarkan menunjukkan gaya seni permainan yang menawan dan penuh emosi, menggabungkan landskap yang hidup dengan suasana melankolik yang sudah menjadi identiti siri OPUS.

Kredit: SIGONO

Rakaman gameplay memberi fokus kepada teras mekanik permainan: fotografi. Sebagai protagonis, pemain akan menggunakan kamera untuk menangkap intipati roh-roh yang mereka temui, dengan setiap gambar yang diambil mencerminkan sejauh mana pemahaman mereka terhadap dunia di sekeliling.

Sistem fotografi yang unik ini berinteraksi rapat dengan jalan cerita, di mana setiap pilihan pemain akan membawa kepada pelbagai pengakhiran, mencipta pengalaman yang amat peribadi dan berubah-ubah mengikut keputusan yang dibuat.

Kredit: SIGONO

Trailer ini juga memperkenalkan beberapa watak baharu, termasuk seorang gadis misteri yang menyertai protagonis dalam perjalanannya, memberi petanda tentang hubungan yang bakal menggerakkan kisah ini ke hadapan.

Dengan tarikh keluaran Musim Luruh 2025 yang semakin hampir, OPUS: Prism Peak sedang mencorakkan dirinya sebagai antara tajuk indie yang paling dinantikan tahun ini. Para pemain boleh mula meletakkan game ini dalam wishlist di Steam untuk mengikuti perkembangan terbaharu.

Kredit: SIGONO

Walaupun SIGONO dan Shueisha Games telah berkongsi pelbagai maklumat menarik, masih ada kemungkinan mereka menyimpan beberapa kejutan lagi untuk didedahkan dalam pameran yang akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: OPUS: Prism Peak
ShareTweetSend
Previous Post

Konsert Honkai: Star Rail LIVE 2025 Tiba di Malaysia dengan Tayangan Istimewa – Tiket Kini Dijual!

Next Post

Tuning Menjadi Tumpuan dalam Gameplay Terbaru JDM: Japanese Drift Master!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Tuning Menjadi Tumpuan dalam Gameplay Terbaru JDM: Japanese Drift Master!

Tuning Menjadi Tumpuan dalam Gameplay Terbaru JDM: Japanese Drift Master!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd