Battlefield 2042 telah ditangguhkan sehingga November, tetapi beta sudah tersedia untuk masa terdekat. Electronic Arts dan pemaju DICE telah mengumumkan tarikh pelepasan untuk open beta permainan ini. Open beta Battlefield 2042 akan berlangsung dari 6 – 9 Oktober.
Open beta ini akan merangkumi “mod Conquest” khas Battlefield, tetapi dengan sedikit kelainan: Dua pasukan akan bersaing untuk mengawal beberapa bendera di kawasan tertentu, dan bukannya titik kawalan individu yang lebih besar. Beta permainan ini akan menampilkan peta Orbital, yang membawa pertempuran di tempat pelancaran roket aktif. Semasa beta, pemain boleh memilih untuk bermain sebagai salah satu daripada empat pakar yang berbeza, yang masing-masing mewakili kelas Battlefield tradisional dan mempunyai kemampuan mereka tersendiri.

Pemain Battlefield 2042 yang telah membuat pra-pesanan permainan akan mendapat akses ke beta bermula pada 6 Oktober untuk tempoh akses awal eksklusif dua hari. Beta akan dibuka untuk semua pemain mulai 8 Oktober. Beta akan tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Windows PC, Xbox One, dan Xbox Series X. PlayStation Plus tidak diperlukan untuk menyertai open beta ini, tetapi jika anda merancang untuk bermain di Xbox, anda memerlukan langganan Xbox Live Gold yang aktif.

DICE dan EA juga mengumumkan spesifikasi PC untuk open beta Battlefield 2042. Anda boleh lihat spesifikasi tersebut di bawah:
Spesifikasi minimum
- OS: 64-bit Windows 10
- CPU: Intel Core i5-6600K, AMD Ryzen 5 3600
- RAM: 8 GB
- VRAM: 4 GB
- GPU: Nvidia GeForce GTX 1050 Ti, AMD Radeon RX 560
- DirectX: 12
- Hard-drive space: 100 GB
Spesifikasi terbaik
- OS: 64-bit Windows 10
- CPU: Intel Core i7-4790, AMD Ryzen 7 2700X,
- RAM: 16 GB
- VRAM: 8 GB
- GPU: Nvidia GeForce RTX 3060, AMD Radeon RX 6600 XT
- DirectX: 12
- Hard-drive space: 100 GB SSD
Anda boleh mengikuti laman web rasmi Battlefield 2042 untuk mengikuti perkembangan terbaru permainan tersebut. Jika ingin membaca liputan kami mengenai permainan ini, anda boleh klik di pautan ini.
Sumber: Polygon
@gamersantaimy
Discussion about this post