Dalam arc terkini One Piece, kita boleh melihat Luffy sedang berlawan dengan Kaido, salah satu yonko dan musuh paling digeruni dia pernah hadapi dalam sejarah. Apa yang membuatkan lagi terkejut adalah anak perempuan Kaido iaitu Yamato, telah memihak kepada krew Straw Hat dan bukan ayahnya. Beberapa bab telahpun berlalu dan nampakya ramai berpendapat bahawa Yamato akan menjadi ahli seterusnya untuk menyertai krew Luffy.
Jawapan sebenar akan diumumkan dalam manga bab 1051, tetapi adakah korang sedar bahawa Eiichiro Oda sebenarnya sudah meninggalkan banyak petanda? Di sini, saya akan menghuraikan beberapa petanda yang menunjukkan Yamato akan menjadi krew Straw Hat.
*SPOILER UNTUK MEREKA YANG TIDAK BACA MANGA ONE PIECE*
Luffy dari dulu ingin 10 orang dalam krew

Oda telah membuktikan dia boleh mencipta jalan cerita panjang sambil merujuk semula kepada adegan-adegan lama lalu menghubungkan semua kepada satu plotline yang hebat. Salah satu contoh adalah semasa Luffy berhajat dia mahu seorang pemuzik dalam krew. Selepas beratus-ratus bab, Brook kemudian menyertai krew Straw Hat.
Dalam cara yang sama, Luffy pernah berkata bahawa dia mahu mempunyai 10 orang untuk melengkapkan krew lanunnya. Buat masa sekarang, krew Straw Hat terdiri Zoro, Nami, Sanji, Chopper, Usopp, Brook, Robin, Franky, dan Jinbe yang jumlah total adalah 9. Dengan itu, penambahan Yamato akan terus melengkapi hajat Luffy memandangkan dia adalah calon utama.
Yamato dan Luffy mencerminkan Oden dan Gol D. Roger

Yamato sebenarnya telah menyimpan jurnal Kozuki Oden untuk belajar lebih lagi tentang pengembaraannya. Dalam jurnal ini, Oden mencatat dan menceritakan pengembaraannya bersama Gol. D Roger, dan ia terbukti penting kerana mempunyai rahsia harta karun One Piece. (Malangnya, muka surat yang mengandungi rahsia One Piece telah dibuang).
Matlamat Yamato adalah untuk menjalani kehidupan yang sama seperti Oden, dan itu juga mengharuskannya untuk mencatat di dalam jurnal bagi mengisahkan pengembaraannya pada masa depan.
Bukan itu sahaja, ada persamaan antara Luffy dan Roger. Sebagai contoh, Roger mengambil laluan yang khusus dalam usahanya untuk mencari One Piece, dan kebanyakan lokasi tersebut adalah sepadan dengan tempat yang dilawati oleh Luffy.
Luffy malah mengumumkan dia ingin menjadi Pirate King dalam cara yang sama seperti Roger, yang secara tidak langsung membawa makna yang besar untuk Yamato. Adakah ini hanya kebetulan? Atau adakah masing-masing mengulang peristiwa yang sama?
Yamato sebenarnya kawan rapat dengan Ace

Kebanyakan krew Straw Hat direkrut selepas berkawan dengan Luffy atau memenuhi keperluan khusus. Untuk Yamato pula, dia sebenarnya sudah ada hubungan kuat dengan Luffy.
Kisahnya adalah Yamato mempunyai persahabatan rapat dengan Portgas D. Ace, abang Luffy yang telah meninggal dunia. Semasa mereka bersama, Ace sering bercerita tentang Luffy dan bagaimana “adiknya” mempunyai potensi untuk capai apa sahaja dia mahu pada masa hadapan.
Yamato dengar cerita ini dan siapa sangka, dia akhirnya dapat bertemu dengan Luffy selepas sekian lama. Disebabkan Yamato sudah mengenali Luffy kerana perbualannya dengan Ace sebelum ini, dia sendiri mengaku bahawa Luffy amat kuat dan juga percaya Luffy boleh mencapai cita-citanya.
Yamato sendiri kata dia ingin masuk krew Luffy

Sejak daripada bab 1016, Yamato dengan jelas menyatakan hasratnya untuk menyertai krew Straw Hat. Tetapi untuk berbuat demikian, dia harus mengalahkan ayahnya Kaido dahulu.
Asalnya, Yamato ingin menyertai geng Ace tetapi malangnya Ace meninggal dunia. Jadi dia menunggu Luffy datang ke Onigashima untuk mencuba dan menyertai krewnya. Tetapi unntuk mengikuti krew Luffy, Yamato harus mengalahkan Kaido dahulu, dan bebas Wano daripada cengakaman ayahnya yang jahat. Itulah yang sedang berlaku dalam arc semasa. Manga sudah hampir penutupnya, jadi kita akan dapat tahu jawapan dalam masa terdekat.
Jadi apa pendapat anda? Adakah Yamato benar-benar akan menyertai krew Straw Hat? Atau adakah Oda akan buat plot twist? Untuk baca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
Sumber – One Piece Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post