Selama bertahun-tahun, asal usul dan sejarah keluarga Roronoa Zoro telah menjadi topik perbincangan hangat di kalangan peminat One Piece. Walaupun amat penting dalam kisah keseluruhan, tidak banyak yang kita tahu tentang kisah silam pendekar rambut hijau ini. Tetapi akhirnya kita tahu cerita sebenar kerana pencipta Eiichiro Oda telah mendedahkan jawapan yang kita tunggu selama ini.

Sebelum ini, kita hanya bahawa azam Zoro untuk menjadi lebih kuat adalah kerana dia menunaikan impian sahabat baiknya Kuina, yang meninggal dunia ketika masih kecil. Sekarang dalam One Piece jilid #115, asal-usul Zoro didedahkan dalam ruang SBS (bahagian Soal Jawab), di mana Oda melukis carta ‘salasilah keluarga’ Zoro untuk gambaran yang lebih jelas.

Saya tidak pandai membaca bahasa Jepun tetapi nama nasib baiklah adalah penterjemahan oleh Artur – Library of Ohara. Jadi berikut adalah penjelasan lengkap:
Ternyata Zoro sebenarnya adalah keturunan puak Shimotsuki dari Wano. Walaupun tidak berkaitan darah dengan Zoro, kisahnya bermula dengan Shimotsuki Kouzaburo, seorang tukang besi legenda yang mencipta pedang Wado Ichimonji dan Enma.

Pada 55 tahun lepas sebelum kisah One Piece sekarang , Kozaburo membuat keputusan untuk meninggalkan Wano bersama 25 penduduk lain. Daripada 25 orang ini, salah satu ialah Shimotsuki Furiko, kakak kepada Shimotsuki Ushimaru. Ushimaru pula dikenali sebagai Daimyo of Ringo tetapi mati dalam perang menentang Kaido.
Kozaburo dan 25 rakan lain akhirnya tiba di East Blue di mana mereka menyelamatkan sebuah kampung daripada penyamun. Kozaburo bersama 10 sahabat lain membuat keputusan untuk menetap di kampung tersebut dan menamakannya sebagai Kampung Shimotsuki.
Salasilah keluarga Zoro

Shimotsuki Furiko (yang saya jelaskan tadi) berkahwin dengan seorang samurai bernama Roronoa Pinzoro. Bersama, mereka melahirkan Roronoa Arashi yang berkahwin dengan Tera, anak perempuan kepada seorang penyamun. Daripada sana, muncul lah Roronoa Zoro.
Namun, tidak semuanya indah. Menurut Oda, Arashi mati semasa melawan sekumpulan lanun manakala isterinya, Tera, meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diketahui.
Maka, beginilah aturannya:
Shimotsuki Furiko + Roronoa Pinzoro (Nenek dan Datuk Zoro) = Roronoa Arashi
Roronoa Arashi + Tera (ayah dan ibu Zoro) = Roronoa Zoro
Roronoa keturunan Ryuma

Satu lagi fakta menarik tentang Zoro adalah Ushimaru (datuk saudara) sebenarnya keturunan Shimotsuki Ryuma, seorang pendekar pedang yang terkenal di seluruh dunia.
Dan dia siap pernah jumpa lagi dengan Ryuma semasa mayatnya dihidupkan semula oleh Gecko Moria untuk di saga Thriller Bark. Di sana, Zoro memperoleh pedang Shusui yang akhirnya ditukar dengan pedang Enma. Ternyata, keturunan Zoro semua hebat-hebat belaka dalam ilmu pedang.
Jadi mengapa Oda tidak menjelaskan sejarah keluarga Roronoa Zoro di dalam manga? Itu kerana dia tidak ingin mendedahkan tentang asal usul Zoro di dalam jalan cerita utama, lalu memilih untuk memberi ringkasan tentang keturunan Zoro melalui SBS.
Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece termasuk info bab baru, anime, acara dan game, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post