Selepas sebulan rehat, One Piece akhirnya kembali dengan bab 1054 di mana kita mendapat tahu bahawa Sabo (abang angkat kepada Luffy) telah mengisytiharkan perang ke atas Marine dan berjaya memperoleh gelaran ‘Flame Emperor’.
AMARAN! SPOILER UNTUK ONE PIECE BAB 1054 DI BAWAH!
Dalam One Piece bab 1054, kita ditunjukkan ke ibu pejabat Marine di mana Admiral Sakazuki (Akainu) mendedahkan bahawa Sabo telah melakukan banyak huru-hara semasa di Reverie. Secara lebih khusus lagi, kumpulan Sabo telah menyerang markas Celestial Dragons dan memusnahkan monumen Hoof of the Celestial Dragons untuk mengisytiharkan perang.

Sabo bukan sahaja berjaya membebaskan semua banduan termasuk Bartholomew Kuma, malah dia juga telah membunuh Raja Alabasta, Nefeltari Cobra (ayah kepada Vivi). Ia dilihat sebagai masalah besar kerana keluarga Nefertari adalah salah satu daripada 20 keluarga asal yang mengasaskan World Government. Pada masa yang sama, Vivi, Puteri kepada negara Alabasta, didapati hilang di tengah-tengah huru-hara itu.
Akhir sekali, Sabo berjaya melarikan diri bersama rakan-rakan walaupun Fujitora dan Aramaki cuba menghalang mereka.

Selepas peristiwa itu, Sabo kini dianggap sebagai tokoh penting dalam Revolutionary Army dan wira kepada rakyat di mana pihak Marine percaya bahawa pengaruh dia sekarang lebih besar daripada Monkey D. Dragon (ketua Revolutionary Army dan ayah kepada Luffy). Bak kata Tensei (pengarah Marine Criminal Investigative Service):
“Sekarang, banyak percikan (kumpulan) pemberontakan yang membara di seluruh dunia mula menyembahnya seolah-olah dia adalah sejenis tuhan. Buat masa ini, dia sangat popular sehingga dia mungkin lebih berpengaruh daripada Dragon, ketua komander kepada Revolutionary Army.

Apa pendapat korang tentang Flame Emperor Sabo? Jom kongsi pendapat di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
Sumber – Shueisha
@gamersantaimy
Discussion about this post