One Piece telah mendedahkan sepenuhnya kuasa sebenar Devil Fruit milik Luffy dengan bab terbaru manga! Ternyata, Gomu-Gomu no Mi bukanlah seperti yang kita sangkakan, dan sebaliknya mempunyai asal-usul yang sama sekali berbeza. Bukan setakat itu sahaja, Gear Five juga membuat debut dalam siri, di mana Luffy mengalami perubahan penampilan dan kuasa. Sempena itu, izinkan saya menjelaskan tentang Gomu Gomu no Mi dan abiliti Gear 5 milik Luffy dengan lebih lanjut.
AMARAN: Berikut mengandungi spoiler untuk One Piece bab 1044, “Warrior of Liberation”
Hito Hito no Mi, Model: Nika

Dalam One Piece bab 1044, kumpulan Gorosei aka “Five Elders” mendedahkan bahawa Devil Fruit milik Luffy bukan lah jenis Paramecia tetapi sebenarnya adalah buah Mythical Zoan bernama Hito Hito no Mi, Model: Nika yang membolehkan pengguna menjadi jelmaan “Sun God Nika”.
Pertama kali disebut oleh Who’s-Who dalam One Piece bab 1018, “Nika” adalah seorang pahlawan mitos dari zaman dahulu yang dihormati sebagai Dewa Matahari oleh para hamba. Ramai percaya bahawa “Nika akan kembali untuk membebaskan mereka dari kuasa jahat dan mengembalikan senyuman ke wajah mereka yang sedih.

Mitos tentang “Sun God Nika” dengan jelaskan merujuk kepada perwatakan Luffy. Sejak bab/episod pertama, Luffy telah membebaskan macam-macam jenis orang daripada penderitaan, termasuk ahli krew Straw Hat, daripada situasi yang zalim. Dengan bantuan Luffy, setiap satu berjaya melepaskan diri mereka daripada masalah yang dihadapi dan kini mempunyai matlamat untuk teruskan hidup.
Secara ringkas, Hito-Hito no Mi memberi elemen getah kepada tubuh Luffy dan membolehkan dia bertarung sesuka hati, selagi dia boleh membayangkan apa untuk buat. Menurut Five Elders, “tidak ada kuasa yang lebih gila di seluruh dunia” dan mendakwa “World Government” berusaha keras untuk memperoleh Hito-Hito no Mi selama lebih 800 tahun. Oleh itu, World Government mempunyai misi rahsia untuk membunuh Luffy demi memperolehi buah unik itu.
Rupa dan abiliti Gear 5


Selepas membangkitkan kuasa sebenar Hito Hito no Mi dan mengaktifkan Gear Five, seluruh penampilan Luffy mengalami perubahan besar. Dalam bentuk “Sun God Nika”, Luffy masih mempunyai badan yang langsing, tetapi rambutnya seolah-olah sedang berapi manakala sejenis awan/kabus boleh dilihat sedang mengelilinginya.
Dalam bentuk Gear 5, Luffy dapat menggunakan membesarkan bahagian badan (kuasa Gear 3) dan juga menguatkan otot (abiliti Gear 4) tanpa perlu mengepam udara ke dalam tubuh.
Contoh ini diberi pada bab 1044: Luffy dapat meningkatkan saiz lengan berkali-kali ganda lebih besar untuk mencengkam Kaido (dalam bentuk naga) lalu menariknya keluar dari Skull Dome. Bersama bahagian badan dan ototnya yang lebih membesar, Luffy dengan mudah dapat menguruskan Kaido di mana dia menghayunkan orang jahat itu seperti anak patung.

Elemen getah yang dahulu hanya tertakluk kepada tubuh Luffy, kini boleh mempengaruhi persekitaran sekeliling. Abiliti ini ditunjukkan apabila Luffy menarik sebahagian daripada bumbung (mereka sedang berlawan atas bumbung) lalu menggunakannya untuk melantunkan semula serangan Boro Breath milik Kaidou. Satu lagi fakta menarik adalah bumbung yang dijadikan getah itu tidak terbakar atau cair oleh Boro Breath, walaupun serangan itu mempunyai kuasa untuk memusnahkan istana dan gunung.

Itu sahaja info yang saya berjaya kumpul buat masa ini. Masih ada banyak misteri yang menyelubungi kisah One Piece, tetapi sekurangnya, kita akhirnya tahu rahsia sebenar Gomu Gomu no Mi dan Gear!
Apa pendapat korang? Ada apa-apa teori menarik untuk dibincangkan tentang Hito Hito no Mi atau Gear 5 milik Luffy? Jom kongsi di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
Sumber: One Piece Fandom, Shueisha
@gamersantaimy
Discussion about this post