Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Perang Shanks & Kid bakal bermula, SPOILER bab baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 27, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece: Perang Shanks & Kid bakal bermula, SPOILER bab baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Shonen Jump telah mengeluarkan bab terbaru bagi manga One Piece yang meneruskan plot ‘Egghead Arc‘. Penuh dengan plot twist dan kejutan baru, naratif kini berkembang dengan pantas di mana lebih banyak rahsia tentang Dr. Vegapunk didedahkan dan permulaan kepada perang antara Red Haired Shanks dan Eustass Kid.

Bagi mereka yang ingin rumusan tentang bab baharu One Piece, teruskan membaca! Cuma amaran, SPOILER memang banyak.

AMARAN! SPOILER UNTUK MANGA ONE PIECE BAB 1076!

Luffy/Zoro /Lucci/Kaku vs Seraphim

Dalam bab sebelum, Luffy dan Zoro cuba melindungi Kaku dan Lucci daripada serangan Seraphim. Kbenaran adalah mereka sebenarnya diarahkan oleh salah seorang “Vegapunk” misteri untuk membuhuh semua ahli CP0 dan geng Straw Hat. Apabila Kaku bercadang untuk bekerjasama, kedua-dua Luffy dan Zoro nampaknya tidak setuju dengan idea itu.

Namun, selepas mendengar jeritan Nami, Luffy tidak teragak-agak untuk membebaskan duo itu kerana sedar dia memerlukan bantuan semua orang untuk melarikan diri. Selepas dilepaskan, Luffy dan Lucci bekerjasama menentang S-Bear. Di sini, Luffy menggunakan Gear 4 manakala Lucci berubah ke bentuk Zoan Hibrid untuk menghadapi klon Kuma.

Pada masa yang sama, Zoro dan Kaku bekerjasama menentang S-Hawk, yang memiliki abiliti Supa Supa no Mi (membolehkan anggota badan berubah kepada bila tajam). Selain S-Bear dan S-Hawk, ada dua lagi Seraphim di atas pulau itu; jadi Luffy dan Zoro faham bahawa melindungi ketujuh-tujuh Vegapunk dan semua krew Straw Hat amat mustahil melainkan jika mereka bekerjasama dengan CP0 supaya dapat melarikan diri dengan selamat bersama Stella, badan utama Dr. Vegapunk.

Dr Vegapunk ditangkap oleh si pengkhianat

Dalam bab sebelum, kehadiran seorang pengkhianat di Egghead Island telah didedahkan. Bab 1075 menjelaskan bahawa salah seorang badan Vegapunk sebenarnya jahat dan menerima arahan untuk membunuh badan-badan lain milik Dr. Vegapunk.

Kembali ke bab 1076, kita dapat tahu yang beberapa ejen Cipher Pol cuba datang ke Egghead Island selepas belajar tentang penyelidikan rahsia Poneglyph yang dibuat di sana. Walau bagaimanapun, setiap ejen Cipher Pol ditangkap dan dikurung hingga kelaparan.

Ternyata, orang yang melakukan ini juga menangkap Stella yang kini duduk dalam tempat seakan-akan “penjara”. Vegapunk juga tertanya-tanya bagaimana World Government tahu tentang penyelidikan rahsianya tentang Poneglyph. Memang jelas sekali, ada pengkhianat di atas pulau dan kemungkinan besar ia adalah salah satu daripada badan Vegapunk.

Shanks vs.Kid bakal bermula

Ini merupakan bahagian paling menarik dalam bab 1076 – Shanks kini berada di Elbaf, pulau kepada para Giant. Semasa minum di sebuah kedai, kami melihat dia sedang bercakap dengan Dory dan Broggy, pasangan gergasi daripada arc Little Garden.

Pada masa ini, Shanks dimaklumkan tentang kehadiran Eustass Kid yang menghampiri pulau itu. Kid nampaknya sedang bertarung dengan beberapa rakan sekutu Red Hair Pirates dan akan tiba di Elbaf tidak lama lagi. Shanks kemudian meminta Rockstar (salah satu ahli krew) untuk menghantar mesej kepada Eustass Kid iaitu;

“Lawan dengan saya sekarang di sini atau serahkan Road Poneglyph dan larikan diri”.

Di pinggir pulau, Kid menyedari bahawa hampir setiap kapal lanun adalah krew-krew besar yang semuanya bersumpah setia kepada Shanks. Killer pun berkata; kali terakhir mereka cuba melawannya, ia adalah pertarungan berat sebelah.

Rupanya, Kid tidak sempat berjumpa Shanks, malah dia siap hilang tangan lagi sebelum bertemu kapten Red Hair Pirates. Killer memberi amaran kepada Kid supaya berhati-hati kerana kaptennya mungkin akan mati dalam konfrontasi seterusnya. Namun, Kid tidak takut dan percaya dia hanya akan mati jika kalah dalam pertarungan.


Jadi apa pendapat korang tentang bab terbaru One Piece? Siapa akan menang; Shanks atau Kid? Jom kongsikan di ruang komen!

Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: mangaone pieceShanksSpoiler
Previous Post

Koleksi UT Uniqlo PlayStation kini tersedia di Malaysia! Lihat design penuh di sini!

Next Post

[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Swordsmith Village — Permulaan Musim Terbaru Yang Hebat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Swordsmith Village — Permulaan Musim Terbaru Yang Hebat!

[Pandangan Pertama] Demon Slayer: To the Swordsmith Village -- Permulaan Musim Terbaru Yang Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd