Terbaru! Bandai Namco telah update laman rasmi Jepun untuk One Piece Odyssey dengan menampilkan beberapa screenshot baharu. Gambar itu menunjukkan sistem pertempuran Turn-Based serta beberapa watak original. Berikut adalah butiran dan screenshot baharu yang tersedia untuk game ini.
Gameplay
One Piece Odyssey secara umumnya dipisahkan kepada dua komponen, Adventure dan Battle. Adventure terdiri daripada penerokaan persekitaran pulau, di mana kebolehan unik Straw Hat Pirate seperti kuasa Gomu Gomu no Mi Luffy dan kemahiran jentera Franky yang boleh digunakan untuk melintasi pelbagai lokasi.

‘Battle’ adalah pertempuran berdasarkan classic command-based manakala Straw Hat Pirate memainkan peranan aktif yang unik kepada One Piece. Dengan memilih serangan dengan betul pada permulaan pertempuran, anda boleh memaksimumkan kebolehan unik setiap watak dan menyasarkan kemenangan. Kadang-kadang semasa pertempuran, adegan dramatik boleh berlaku, yang boleh membawa kepada bonus yang besar. Selain itu, apabila syarat-syarat tertentu dipenuhi, Straw Hat Pirate boleh melepaskan Bond Art untuk melakukan kebolehan gabungan.

Watak Baharu


Berikut adalah screenshot lain yang terdapat dalam laman web rasmi tersebut:
Kepada yang tidak tahu, One Piece Odyssey merupakan game JRPG yang dibangunkan oleh ILCA Inc. dan Bandai Namco Entertainment. Bukan setakat itu sahaja, muzik game ini akan dihasilkan oleh Motoi Sakuraba yang terkenal dengan siri Tales. Ianya akan dilancarkan ke beberapa platform seperti PS5, PS4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada 2022.
Semasa sedang mengembara, krew Straw Hat yang diketuai oleh Monkey D. Luffy telah ditelan oleh ribut besar di laut. Mereka akhirnya terkandas di pulau misteri yang penuh dengan alam semula jadi di tengah-tengah ribut dan terpisah antara satu sama lain.
Kini, masing-masing memulakan perjalanan sendiri yang dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi, musuh yang kuat dan pertemuan aneh dengan penduduk tempatan pulau.”
“Bantu Luffy dan anak kapalnya untuk berlayar sekali lagi!”
menurut Bandai Namco

Jadi, apa pendapat korang tentang screenshot One Piece Odyssey yang telah ditampilkan oleh Bandai Namco dalam laman web rasmi Jepun? Kongsikan pendapat korang di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post