Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ONE PIECE ODYSSEY – Game RPG terbaru One Piece akan dilancarkan tahun ini ke pelbagai platform!

safwan by safwan
March 28, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
ONE PIECE ODYSSEY – Game RPG terbaru One Piece akan dilancarkan tahun ini ke pelbagai platform!
Share on FacebookShare on Twitter

Satu lagi kejutan yang menanti peminat One Piece ialah game terbaru siri iaitu ONE PIECE ODYSSEY. Ia merupakan sebuah game JRPG yang dibangunkan oleh ILCA Inc. dan Bandai Namco Entertainment. Bukan setakat itu sahaja, muzik game ini akan dihasilkan oleh Motoi Sakuraba yang terkenal dengan siri Tales.

One Piece Odyssey akan dilancarkan ke beberapa platform seperti PS5, PS4, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada 2022. Berikut adalah trailer rasmi untuk game tersebut:

Berikut adalah sinopsis rasmi menurut Bandai Namco:

“Semasa sedang mengembara, krew Straw Hat yang diketuai oleh Monkey D. Luffy telah ditelan oleh ribut besar di laut. Mereka akhirnya terkandas di pulau misteri yang penuh dengan alam semula jadi di tengah-tengah ribut dan terpisah antara satu sama lain.

Kini, masing-masing memulakan perjalanan sendiri yang dipenuhi dengan keajaiban alam semula jadi, musuh yang kuat dan pertemuan aneh dengan penduduk tempatan pulau.”

“Bantu Luffy dan anak kapalnya untuk berlayar sekali lagi!”

Jalan cerita adalah sepenuhnya original dan tidak mengambil inspirasi daripada manga mahupun anime.

Dari segi gameplay, Odyssey dilabel sebagai RPG dan kemungkinan besar mengambil konsep yang sama seperti One Piece World Seeker. Apa yang membuatkan game ini istimewa adalah, selain Luffy – kita boleh bermain sebagai Zoro, Nami, Usopp, Sanji, Chopper, Robin, Frankie, dan Brook.

Didedahkan semasa acara siaran langsung ONE PIECE, game ini dicipta sempena ulang tahun ke-25 One Piece. Dengan jalan cerita original dan beberapa watak baru, semuanya dihasilkan di bawah bimbingan pencipta Eiichiro Oda dan membintangi pelakon suara asal anime dari Jepun.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenainya, anda boleh pergi ke media social rasmi game di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece Odyssey
Previous Post

One Piece FILM RED dedahkan watak misteri, Shanks versi live action

Next Post

Salam Takziah dan Al-Fatihah kepada Fahmi Hasni, pencipta Coffee Talk

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Genshin Impact 2.6: Kamisato Ayato hadir bersama The Chasm!

Salam Takziah dan Al-Fatihah kepada Fahmi Hasni, pencipta Coffee Talk

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd