Antara sebab kenapa One Piece sangat popular tidak lain tidak bukan, watak utamanya, Monkey D Luffy. Dia memang seorang watak utama yang menakjubkan kerana dia memberikan impak kepada orang lain. Luffy telah mengubah banyak nasib watak dalam siri ini dan semestinya krew kapalnya juga termasuk dalam senarai itu. Tidak hairanlah mengapa mereka semua sanggup mempertaruhkan nyawa supaya Luffy mencapai impiannya.
Dalam satu siaran di Quora, mempersoalkan bagaimana nasib Straw Hat Crew jika Luffy tidak wujud dalam dunia itu. Sudah tentu banyak yang membuat spekulasi tentang nasib tragis untuk setiap anak kapal Luffy jika mereka tidak pernah berjumpa Luffy. Kebanyakkan spekulasi ini agak menarik. Jadi, jom kita lihat apakah yang akan terjadi kepada Straw Hat Crew jika Luffy tiada!

Zoro
Luffy bertemu dengan Zoro semasa dia diikat dan ditahan oleh Marine. Zoro telah ditangkap kerana membunuh seekor anjing untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak kecil. Dia hanya mampu menunggu hukuman matinya oleh kapten Marine, Morgan. Luffy yang melihatnya secara tiba-tiba memintanya menjadi krewnya. Zoro pada mulanya menolak tetapi selepas dibebaskan dan diselamatkan oleh Luffy dan Koby, dia akhirnya menjadi anak kapal pertama Luffy.
Jika Luffy tidak muncul pada waktu itu, sudah tentu tiada sesiapa yang menghalang hukuman yang akan dijatuhkan pada Zoro. Jadi, terima kasih pada Luffy, Zoro dapat terus mengejar impiannya untuk menjadi pahlawan pedang terhebat di dunia.

Nami
Luffy pada mulanya telah menyelamatkan Nami daripada situasi huru-hara yang melibatkan Buggy selepas Nami cuba untuk mencuri hartanya. Kehadiran Luffy menyelamatkannya beberapa kali. Boleh dikatakan Nami mungkin dapat melarikan diri dari banyak situasi kerana dia memang bijak. Tetapi itu bukanlah sesuatu yang boleh dilakukannya semasa di kampungnya.
Kampung Nami telah diperintah oleh Arlong, seorang pemerintah yang zalim dan juga pembunuh ibu angkatnya. Arlong mengenaksa bayaran kepada semua penduduk yang tinggal di situ jika mereka ingin meneruskan kehidupan. Bell-mere, ibu angkat Nami telah digunakan sebagai contoh untuk menunjukkan akibat tidak membayar yuran tersebut. Nami telah diculik oleh Arlong dan dipaksa bekerja untuknya. Kedua-duanya telah membuat perjanjian bahawa Arlong akan membebaskan kampung itu jika Nami membayarnya 100 juta beri. Bagaimanapun, dia kemudian mendapat tahu Arlong tidak pernah berniat untuk menunaikan janji tersebut.
Nami menghabiskan masa bertahun-tahun bekerja untuk Arlong dan menahan kekejamannya. Dia betul-betul kecewa apabila usahanya sia-sia. Ini memaksanya untuk meminta bantuan Luffy, yang akhirnya mengalahkan Arlong serta menyelamatkan kampung tersebut. Bayangkan jika Nami tidak bertemu Luffy, dia mungkin dibunuh oleh Arlong atau menghabiskan hidupnya berkerja untuknya.

Usopp
Usopp betul-betul berusaha untuk cuba menghentikan perbuatan jahat, Kuno di kampungnya. Dia mendapati bahawa Kuro telah memanipulasi rakannya selama bertahun-tahun untuk membunuh dan mencuri wangnya. Dia hampir dibunuh oleh krew Kuro apabila rancangannya untuk menghalang mereka gagal. Tetapi Luffy dan Zoro tiba di tempat kejadian untuk membantunya. Usopp bukanlah seorang pejuang dan dia memang tidak mempunyai peluang untuk bertahan. Jadi, memang dia akan mati jika Luffy, Zoro dan Nami tidak sampai di Syrup Village.

Sanji
Kita semua tahu Sanji memang pandai berlawan dan dia mempunyai peluang cerah untuk selamat. Tetapi jika kita melihat “Whole Cake Island” arc, kita dapat lihat betapa tragiknya nasib Sanji jika dia tidak pernah berjumpa dengan Luffy.
Sanji telah diugut oleh bapanya, Judge untuk berkahwin dengan keluarga Big Mom yang kejam. Judge fikir perkahwinan itu akan memberi manfaat kepadanya dan Big Mom. Tetapi Big Mom sudah merancang untuk membunuh Sanji dan seluruh keluarganya selepas dia mendapatkan apa yang diingininya. Nasib baik Luffy pergi ke Whole Cake Island dan melalui pelbagai masalah untuk menyelamatkannya daripada nasib yang mengerikan itu. Tiada peluang untuk Sanji terselamat jika Luffy tidak datang membantunya kerana musuh dia merupakan musuh yang kuat pernah dia hadapi.

Chopper
Chopper menjalani kehidupan terpencil di Drum Kingdom, yang diperintah oleh raja yang zalim, Wapol. Chopper menyalahkan Wapol yang telah menyebabkan kematian kawannya dan cuba mengalahkannya. Dia akhirnya dapat menentang Wapol dengan bantuan Luffy. Dari situ Luffy telah menyelamatkan Chopper dan Drum Island daripada raja jahat yang tidak pernah mengambil berat terhadap rakyatnya. Berkemungkinan besar Wapol dapat membunh Chopper jika Luffy tiada.

Robin
Dalam Quora, ada yang mendakwa Robin akan dibunuh oleh Crocodile di Alabasta setelah dia sedar bahawa Poneglyph tidak mendedahkan Pluton. Tetapi ia agak mustahil bila difikirkan. Kerana peluang untuk Crocodile membunuh satu-satunya orang yang boleh membaca Poneglyph adalah tipis. Sebaliknya, Robin mungkin dihukum mati oleh World Government selepas diugut untuk menyerahkan diri semasa “Enies Lobby Arc.” Luffy tidak mahu biarkan perkara itu terjadi dan lakukan segala-galanya untuk menyelamatkan Robin daripada nasib itu.

Franky
Nasib Franky lebih kurang sama dengan Robin. Franky telah ditangkap oleh World Government kerana dia tahu semua tentang rancangan Pluton. Sekiranya keadaan berjalan mengikut kehendak World Government, mereka akan mendapat maklumat yang mereka perlukan dan bunuh Franky untuk mendiamkannya. Satu-satunya perkara yang menghalang nasib itu daripada berlaku ialah Luffy menyerang Enies Lobby dengan keluarga Franky datang untuk menyelamatkannya dan Robin.

Jimbei
Jimbei telah dipenjarakan di Impel Down semasa Luffy bertemunya buat pertama kali. Terima kasih kepada pencerobohan Luffy yang menyebabkan penjara tersebut dapat ditembusi dan itu menyebabkan Jimbei berjaya dibebaskan. Sebagai bekas Warlord, ia agak meyedihkan jika dia menghabiskan sisa hidupnya sebagai tahanan di Impel Down jika dia tidak bertemu dengan Luffy.
Boleh tahan juga spekulasi peminat terhadap Straw Hat Crew jika tiada Luffy. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Lain hari, saya cerita benda lain pula. Untuk membaca segala liputan mengenai One Piece, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post