Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ONE PIECE Live Action Kini Siri Popular Di Netflix! Bakal Saingi Stranger Things & Wednesday!

Maira by Maira
September 4, 2023
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
ONE PIECE Live Action Kini Siri Popular Di Netflix! Bakal Saingi Stranger Things & Wednesday!

Sumber imej: Netflix

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama menunggu, siri live action One Piece akhirnya tersedia di Netflix pada 31 Ogos yang lalu. Walaupun ramai yang agak skeptikal dengan siri ini semasa ia diumumkan, tetapi pihak produksi berjaya memberikan satu adaptasi yang baik untuk peminat lama mahupun baru. Bukan setakat itu sahaja, melihat bagaimana aktifnya siri ini dibualkan, tidak pelik jika ia dapat atasi siri-siri hebat Netflix seperti Stranger Things ataupun Wednesday.

One Piece Live Action
Sumber: Netflix

Selepas tayangan One Piece live action ini ditayangkan, ia serta merta menempah tempat pertama sebagai siri yang popular di lebih 84 negara! Melihat sambutan hangat daripada peminat-peminat di seluruh negara, tidak mustahil untuk siri ini melangkaui rekod yang dipegang oleh Wednesday buat masa ini.

'ONE PIECE' is currently #1 in 84 countries on NETFLIX, surpassing the record set by 'STRANGER THINGS' Season 4 and 'WEDNESDAY'. pic.twitter.com/cMwRAZRSk6

— ONE PIECE NETFLIX FAN (@OP_Netflix_Fan) September 2, 2023

Rata-rata ramai puas hati selepas menontonnya dan ramai juga yang mengharapkan musim baharu selepas melihat penamat yang nampaknya mengacah sesuatu. Buat masa ini, tiada lagi perancangan untuk musim 2 yang diumumkan oleh producer. Kalau sambutan hangat ini berterusan, ada kemungkinan besar pihak producer boleh pertimbangkan untuk musim seterusnya. Kita tunggu sahaja berita daripada mereka pada masa akan datang.

One Piece Live Action
Sumber: Netflix

Tentang One Piece

Berdasarkan siri manga terlaris Jepun oleh Eiichiro Oda, One Piece ialah pengembaraan laut legenda yang berlainan. Monkey D. Luffy adalah seorang pengembara muda yang telah mendambakan kehidupan yang bebas sejak dia kecil. Luffy meninggalkan kampung kecilnya dalam perjalanan berbahaya untuk mencari harta karun dongeng legenda, One Piece, dan menjadi Raja Lanun! Tetapi untuk mencari harta karun itu, Luffy perlu mengumpulkan anak kapal sebelum mencari kapal untuk belayar, mencari setiap inci lautan biru yang luas, mengatasi Marines, dan menewaskan saingan berbahaya pada setiap masa.

Sumber: Netflix

Kalau anda masih belum menonton One Piece live action, boleh ke Netflix untuk tontonnya sekarang. Terdapat lapan episod penuh yang tersedia untuk anda tonton! Siri anime turut tersedia di platform tersebut. Bukan setakat itu sahaja, 12 jilid manga One Piece tersedia secara percuma sempena tayangan siri tersebut.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai One Piece daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: netflixOne Piece Live ActionOne Piece Netflix
ShareTweetSend
Previous Post

Tonton Lawak Kampus School Daze sekarang di YouTube! Komik kegemaran Malaysia ada animasi sendiri!

Next Post

Fortnite hadirkan mode khas Netflix One Piece – pemain boleh cuba secara percuma!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Fortnite hadirkan mode khas Netflix One Piece – pemain boleh cuba secara percuma!

Fortnite hadirkan mode khas Netflix One Piece - pemain boleh cuba secara percuma!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd