Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Khabar Angin Kata Loki Akan Menjadi Ahli Straw Hat Terakhir?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 8, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Khabar angin, Manga
0 0
0
One Piece: Khabar Angin Kata Loki Akan Menjadi Ahli Straw Hat Terakhir?

Kredit: Amanomoon_

Share on FacebookShare on Twitter

Komuniti peminat One Piece sedang hangat dengan spekulasi: adakah kru Straw Hat milik Monkey D. Luffy masih memerlukan seorang lagi ahli terakhir, dan mungkinkah itu Loki, si Putera Elbaph yang misterius? Ketika siri ini memecut melalui Final Saga, khabar angin menyebut Loki sebagai calon potensi untuk menjadi Straw Hat ke-10 (atau ke-11 jika anda mengira Luffy sekali).

Mari kita kaji sama ada Loki sesuai untuk peranan itu.

Luffy Memang Ingin 10 Ahli Straw Hats

Sejak awal One Piece, Luffy telah meluahkan hasratnya untuk mengumpulkan sepuluh ahli kru untuk belayar di Grand Line dan menuntut gelaran Pirate King.

Sepanjang perjalanan, Straw Hats telah berkembang daripada seorang lanun kepada kru hebat berjumlah sembilan: Luffy, Zoro, Nami, Usopp, Sanji, Chopper, Robin, Franky, dan Jinbe, yang secara rasmi menyertai semasa arc Wano pada 2022.

Ini membuatkjan peminat tertanya-tanya adakah komen Luffy tentang “sepuluh” ahli—dibuat sejak Bab 1—bermakna masih ada ruang untuk seorang lagi.

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Penjelasan pada 2020 dalam One Piece Magazine menambah spekulasi, mendedahkan bahawa “sepuluh rakan kru” Luffy mungkin tidak termasuk dirinya sendiri, mencadangkan jumlah sebelas Straw Hats secara total.

Dengan Jinbe sebagai ahli kesembilan, persoalan yang tinggal ialah: siapa yang seterusnya? Final Saga, kini dalam arc Elbaph pada April 2025, telah menghidupkan semula perdebatan ini, dan pengenalan Loki menjadikannya calon utama dalam perbincangan.

Siapakah Loki?

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Loki, yang diperkenalkan dalam bermula Bab 1126), ialah “Accursed Prince” kepada Elbaph, sebuah tanah kepada para Giant. Dikenali sebagai “Shame of Elbaph,” rakyat tanah itu percaya bahawa Loki telah membunuh bapanya, King Harald, untuk merebut Devil Fruit yang kuat.

Dipenjara dan dirantai di kaki Adam Tree, kemunculan pertama Loki menggambarkannya sebagai tokoh yang menggerunkan, yang bersumpah untuk “menamatkan dunia.”

Namun, Bab 1143 mengubah persepsi, mendedahkan bahawa motif sebenarnya mungkin tidak sejahat yang disangka—mencetuskan teori bahawa dia lebih sebagai sekutu daripada musuh.

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Spoiler terkini untuk Bab 1145 menambah lagi misteri. Satu flashback menunjukkan Loki semasa muda bertemu dengan lanun legenda Rocks D. Xebec, dan memohon untuk menyertai krunya tetapi ditolak.

Momen ini, bersama dengan kekagumannya terhadap Rocks dan kebenciannya terhadap World Government, membuat peminat melihat persamaan dengan cara Luffy merekrut “orang tersisih” untuk menjadi ahli. Adakah ini petanda?

Sebab-Sebab untuk Loki Menyertai Straw Hats

Khabar angin menyerlahkan beberapa sebab mengapa Loki mungkin menyertai Straw Hats. Pertama, kekuatannya tidak dapat dinafikan.

Devil Fruit miliknya—yang dijangka Logia atau Mythical Zoan berkaitan dengan gelaran “Sun God”—boleh menjadikannya antara pihak ofensif utama, menyaingi Sanjuan Wolf dari kru Blackbeard dalam pertarungan akhir.

Seorang gergasi dalam kru juga akan memenuhi corak Straw Hats tentang “variasi”, menambah dinamik baharu kepada penduduk Thousand Sunny.

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Kedua, kisah Loki selari dengan kru Straw Hats yang merekrut orang buangan dengan impian yang belum tercapai. Penolakan oleh Rocks mirip kepada cita-cita awal Zoro atau misi Robin yang ingin “diterima”—mereka yang dibuang tetapi kemudian meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Luffy.

Jika Loki menyerahkan takhta Elbaph, dia pun bebas untuk belayar sekali.

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Akhirnya, masa pun sangat tepat. Arc Elbaph, yang sudah melebihi 20 bab, sedang membentuk satu fasa penting dalam Final Saga. Dengan kru Luffy semakin menghampiri Laugh Tale dan berhadapan ancaman besar seperti World Government dan Blackbeard, pahlawan kuat seperti Loki boleh melengkapkan kekuatan mereka untuk perang akhir.

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Namun, tiada pengesahan bahawa Loki akan menyertai Straw Hats setakat ini. Peranannya—sekutu, atau antagonis—masih belum pasti, dan Oda pun kerap membuatkan kita sentiasa tertanya-tanya. Walaupun ada sebab, ia hanyalah sekadar khabar angin buat masa ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaone piece
ShareTweetSend
Previous Post

SD Gundam G Generation ETERNAL – Game Gundam Baru untuk Mobile Tiba 16 April!

Next Post

Kedai Pop-Up Haikyuu Akan Tiba di 1 Utama Bermula 16 April!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Kedai Pop-Up Haikyuu Akan Tiba di 1 Utama Bermula 16 April!

Kedai Pop-Up Haikyuu Akan Tiba di 1 Utama Bermula 16 April!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd