Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Jewelry Bonney Pun Bertukar Jadi Sun God Nika?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece: Jewelry Bonney Pun Bertukar Jadi Sun God Nika?

Kredit: @Greiish

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak memasuki saga finale, setiap bab One Piece penuh dengan kejutan baharu. Kini di penghujung Egghead arc, pelbagai rahsia telah didedahkan tetapi apa yang lebih mengejutkan adalah kehadiran seorang lagi Sun God Nika, yang rupanya adalah Jewelry Bonney!

Bonney and the Straw Hats will be the most free if they can escape Egghead!

Read One Piece, Ch. 1,118 in Shonen Jump for free! https://t.co/7HF7HyqY5X pic.twitter.com/Yjrrgn3tuA

— Shonen Jump (@shonenjump) June 23, 2024

Nampaknya Devil Fruitnya lebih kuat daripada yang disangka, kerana bukan sahaja boleh mengubah penampilan Bonney kepada Nika, malah mereplikasikan semua kuasanya. Apa yang sebenarnya berlaku? Berikut adalah ringkasan untuk One Piece bab 1118.

AMARAN! SPOILER UNTUK ONE PIECE 1118!

Kredit: Shueisha

Ringkasan untuk One Piece bab 1118, matlamat Gorosei (Five Elder) adalah untuk menghapuskan baki klon Vegapunk, termasuk Lilith dan Pythagoras, dan pada masa yang sama, menghalang kru Straw Hat dan rakan-rakan lain daripada melarikan diri daripada pulau Egghead.

Kini di atas kapal milik kru Giant Pirates, Luffy dan Bonny cuba untuk melarikan diri tetapi salah satu Gorosei, Saint Marcus Mars menghembus nafas api yang kuat ke arah kapal itu. Walaupun serangan itu berjaya dihalang oleh dua anggota Giant Pirates, mereka tetapi mengalami kecederaan teruk, manakala sebahagian besar kapal kini sedang terbakar.

Kredit: Shueisha

Ternyata, bantuan Giant Pirates tidak cukup, yang bermaksud Luffy perlu berjuang untuk melepaskan diri.

Luffy meminta Bonney untuk membantunya, tetapi gadis itu teragak-agak kerana tahu betapa kuatnya Gorosei. Namun, Luffy tetap yakin dan percaya Bonney boleh melakukan apa sahaja dengan kuasanya.

Kredit: Shueisha

“Jom! Awak nak belasah lelaki tu, kan? Saya tidak tahu cara kuasa awak berfungsi, tetapi awak boleh melakukannya,” kata Luffy.

Pada masa ini, Bonney teringat bahawa Luffy pernah memberitahunya bahawa Gear 5 adalah bentuk Luffy apabila dia paling bebas. Disebabkan Bonney pun menganggap Nika sebagai simbol kebebasan untuk dirinya sendiri, akhirnya dia menjadi cukup yakin untuk bantu bertarung sekali. Serta merta, Bonney menggunakan abiliti bernama “Distortion Future: Future Where I’m The Most Free”, lalu berubah kepada Sun God Nika versinya sendiri!

Kredit: Shueisha

Ini agak mengejutkan kerana Bonney pun boleh mengakses kuasa penuh Devil Fruit milik Luffy. Dengan rambut putih, pakaian putih, awan di keliling badan, dan keupayaan untuk melakukan apa sahaja seperti terapung di udara dan menjadi gergasi, Bonney berjaya mereplikasikan sepenuhnya Gear 5, yang sepatutnya hanya boleh dipakai oleh Luffy.

Malah, Iron Giant juga kembali hidup semula selepas mengesan kehadiran Bonney (yang dia sangka adalah Joy Boy). Ini mengesahkan lagi bahawa Bonney bukan sahaja meniru Gear 5, dia betul-betul telah menjadi Sun God Nika.

Kredit: Shueisha

Tetapi, kita tidak sempat melihat kekuatan sebenar Bonney kerana bab 1118 ditamatkan sebelum mereka bermula bertarung. Kini, sudah tiba masanya untuk Bonney membalas dendam bagi nasib “ayahnya” yang tragis!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Jewelry Bonneyone pieceSun God Nika
ShareTweetSend
Previous Post

Game PS Plus Julai 2024 – Among Us, Borderlands 3, NHL 24

Next Post

Filem Live-Action Street Fighter Dijangka Akan Tayang Pada 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Filem Live-Action Street Fighter Dijangka Akan Tayang Pada 2026!

Filem Live-Action Street Fighter Dijangka Akan Tayang Pada 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd