Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece hampir tamat pada 2012 kerana isu keluarga, bak kata pencipta Eiichiro Oda

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2022 - Updated on June 28, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece hampir tamat pada 2012 kerana isu keluarga, bak kata pencipta Eiichiro Oda
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece membuat debut pada tahun 1997 dan sehingga hari ini, masih bertahan. Selepas mengeluarkan lebih 1,000 bab, One Piece telah membuktikan dirinya sebagai salah satu siri manga yang paling berjaya. Namun, ada berita mendedahkan bahawa One Piece hampir tamat lebih awal pada tahun 2012 kerana isu keluarga, menurut kata pencipta Eiichiro Oda.

Ya benar, One Piece hampir tamat pada tahun 2012 di mana Oda memberitahu peminat yang dia pernah mempertimbangkan untuk menamatkan One Piece kira-kira 10 tahun yang lalu. Pada tahun 2012, artis itu terpaksa membuat pilihan yang sukar selepas melihat bagaimana jadual kerjanya telah mempengaruhi masanya bersama keluarga.

Menurut info daripada @sandman_AP (yang terkenal kerana sentiasa mengemas kini berita tentang One Piece), Oda mengakui dia menjadi tertekan pada tahun 2012 dan tertanya-tanya sama ada dia harus menamatkan One Piece selepas anak perempuannya mengadu bahawa dia “terlalu sibuk untuk meluangkan masa” dengannya.

Eiichiro Oda

Pada tempoh masa ini, Oda nampaknya telah berusaha untuk berjumpa keluarganya dengan lebih kerap, di mana dia mengakui yang keadaan bertambah lebih baik selepas tahun-tahun berlalu. Selain daripada anaknya yang semakin membesar (dan matang kerana faham akan tanggungjawab ayahnya), keluarga Oda membuat keputusan untuk membela anjing chihuahua sebagai peneman.

Seperti yang anda boleh bayangkan, Oda sentiasa sibuk dengan kerja, dan sudah tentu itu akan menyebabkan beberapa masalah antara keluarga seperti tidak meluangkan masa yang secukupnya bersama isteri dan anak-anak. Tetapi saya faham mengapa Oda tidak boleh menghentikan siri One Piece begitu saja.

One Piece adalah antara francais paling besar di dunia, dan merupakan antara manga dan anime terlaris sepanjang zaman. Bukan di Jepun sahaja, ia juga merupakan salah satu manga yang namanya saing-saing popular dengan hero daripada negara lain seperti Spider-Man, Batman, Superman dan lain-lain. Memandangkan One Piece pun sudah menghampiri penamatnya dengan arc finale, nampaknya Oda akhirnya akan mendapat rehat yang secukupnya.

Apa pendapat korang? Sedih tak kalau One Piece tamat pada 2012? Adakah Luffy dapat mencapai impiannya sebagai Pirate King ketika itu? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeEiichiro Odamangaone piece
Previous Post

One-Punch Man: Saitama akhirnya masuk “Serious Mode”, bertemu Cosmic Garou [SPOILER]

Next Post

Smurfs Kart akan dilancarkan pada hujung tahun 2022 di Nintendo Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Smurfs Kart akan dilancarkan pada hujung tahun 2022 di Nintendo Switch!

Smurfs Kart akan dilancarkan pada hujung tahun 2022 di Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd