Selepas seminggu berehat, One Piece akhirnya datang semula dengan baharu yang menumpukan perhatian pada Koby, Blackbeard dan Garp. Buat mereka yang tidak tahu, Koby (Marine dan ahli SWORD) telah diculik oleh Blackbeard (salah satu Yonko) tetapi mengapa dia buat begitu? Bab ini menceritakan bagaimana Koby akan diselamatkan oleh Monkey D. Garp – Marine legenda dan datuk kepada Luffy!
Berikut adalah rumusan padat!
AMARAN! SPOILER ONE PIECE BAB 1080 DI BAWAH! BACA SPOILER 1079 DI SINI!
Mengenali krew Blackbeard

Di Pirate Island, beberapa lanun Blackbeard mendapati Koby telah melarikan diri dari penjara dan kini bebas. Ini membuatkan mereka teruja, kerana Koby sebenarnya mempunyai ganjaran yang tinggi (diberikan oleh Cross Guild) dengan nilai “5 Bintang” – satu bintang bersamaan satu peti harta karun.
Lanun Blackbeard yang lain sedar hamba-hamba lain cuba melarikan diri, tetapi mereka dipesan supaya tidak membunuh sesiapa oleh lanun misteri. Rupanya suara itu milik Avalo Pizarro, yang memakan Shima Shima no Mi. Ini bermakna dia boleh bergabung dengan pulau itu untuk melihat, merasa dan mendengar semua yang berlaku di pulau itu.

Koby sedar posisinya dan hamba-hamba lain telah didedahkan, jadi untuk melindungi semua orang, dia menawarkan dirinya sebagai umpan untuk mengelakkan yang lain ditangkap. Shiryu (yang memakan Suke Suke no Mi – boleh jadi halimunan) tanya “mengapa Pizarro tidak menangkap Koby sahaja” tetapi Pizarro takut Blackbeard akan memarahinya kerana sebelum ini menyebabkan terlalu banyak kerosakan.

Vasco Shot bertanya jika dia boleh bantu mengurus situasi itu, kerana dia juga telah makan Devil Fruit – Gabu Gabu no Mi – yang membolehkan dia memanipulasi alkohol. Walau bagaimanapun, idea Shot adalah untuk membakar bandar itu supaya mereka tidak mempunyai tempat untuk lari. Sudah tentu, Pizarro memarahinya tetapi Shot kata ideanya lebih bagus daripada Sanjuan Wolf yang memakan Deka Deka no Mi (membolehkan badan gergasinya membesar ke tahap lebih gergasi).
Kenapa Koby diculik

Rancangan Koby berjaya dan dia mula dikejar oleh lanun. Dalam sebuah flashback, kita dapat tahu Blackbeard menculik Koby kerana ingin mengunakannya untuk tawar-menawar dengan pihak Marine. Dia ingin Pirate Island diiktiraf sebagai negara sepenuhnya oleh World Government dan menjadi rajanya.
Koby menganggap rancangan itu gila dan membuang masa memandangkan dirinya adalah ahli SWORD. Malangnya, Blackbeard tidak tahu apa itu SWORD dan mempersoalkan maksudnya. Kuzan (bekas Admiral), yang turut ada di sana, memberitahu fungsi sebenar pasukan SWORD.

Menurut Kuzan, ahli SWORD “adalah Marine, tetapi pada yang sama – juga bukan Marine”. Secara hitam putih, mereka telah meletakkan jawatan mereka dan menyerahkan kod pengenalan. Hakikatnya, mereka masih setia dan boleh beroperasi sebagai sebahagian daripada pasukan Marine.
Tidak seperti Marin biasa, ahli SWORD bebas untuk mengabaikan sebarang perintah dan boleh bergerak serta bertindak sesuka hati. Ini bermakna mereka boleh mengambil misi yang biasanya dilarang, seperti memulakan konfrontasi dengan salah seorang daripada Yonko. Sebagai balasan, Marine dan World Government tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka dan boleh memutuskan sebarang hubungan dengan mana-mana ahli SWORD. Mereka juga tidak mempunyai kewajipan untuk membantu atau menyelamatkan ahli SWORD yang mendapati diri dalam masalah.

Walaupun Blackbeard memahami perkara ini, dia enggan mengubah rancangan, dan yakin status Koby sebagai ‘hero’ tidak akan disiakan-siakan oleh World Government. Sehingga itu, dia mahu Koby dikurung.
Garp muncul bersama ahli SWORD lain

Kembali ke masa nyata, Koby masih dikejar, dan ingat bagaimana Perona membebaskannya dengan syarat Koby bantu membebaskan Gecko Moria, yang turut dipenjarakan. Tiba-tiba, Koby mendengar letupan dari jauh dan faham bahawa Marine kini berada di pulau itu.
Pasukan Marine yang menyerang terbukti sangat kuat. Mula-mula, kita dapat melihat kepala seorang Marine dipenggal tetapi rupanya badannya diperbuat daripada tanah liat, lantas membuatkan dirinya kebal (abiliti milik Prince Grus).

Pada masa yang sama, beberapa bangunan mula bergerak dengan sendiri hasil daripada kuasa seorang wanita bernama Kujaku (merupakan Marine Rear Admiral dan cucu kepada “Great Staff Officer” Tsuru). Dia memakan Muchi Muchi no Mi, yang membolehkan dia “menjinakkan” apa sahaja yang dia sebat, termasuk objek tidak bernyawa (lalu menggerakan objek mengikut kehendaknya).

Koby akhirnya terperangkap, tetapi apabila lanun cuba menembaknya, peluru mereka bertukar menjadi bunga. Semua lanun sedar ini angkara senapang pelik Dr. Vegapunk, dan yang bertanggungjawab menggunakan senjata itu ialah Hibari, seorang sniper. Dia menghubungi Prince Grus, yang memakan Gunyo Gunyo no Mi yang membolehkannya memanipulasi tanah liat termasuk menghasilkan askar dan sebagainya (yang saya sebutkan tadi di atas).

Ketika ini, beberapa lanun telah terperangkap oleh bangunan yang digerakkan oleh Kujaku. Tanpa cara untuk melarikan diri, sebuah kapal Marin misteri dilancarkan tinggi ke udara. Di atas kapal itu ialah Monkey D. Garp. Garp yang melompat turun sambil menggunakan Conqueror’s Haki bergabung dengan serangan khas bernama Galaxy Impact untuk menewaskan semua lanun di bawah. Dia menganggap perbuatan ini sebagai balasan kerana menculik Koby, anak didiknya (protege) yang tidak boleh diganti.
Apa pendapat anda? Jom kongsi di ruang komen!
Baru-baru ini, kami pergi ke One Piece Asia Tour di Genting! Nak tahu pengalaman kami di sana? Baca SINI! Selain itu, korang boleh baca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk fakta dan trivia, spoiler, analisis dan lain-lain di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post