Pusat gym ONE PIECE FITNESS BragMen yang diilhamkan daripada siri One Piece kini sudah dibuka di Shibuya, Tokyo. Salah satu ciri yang unik di pusat gym ini ialah barbel berbentuk daging, makanan kegemaran Luffy di dalam siri ini. Gym ini mula dipratonton semasa acara Jump Festa 2023 pada Disember 2022 lalu dan para pelakon siri One Piece dilihat bergilir-gilir mengangkat daging tersebut.

Ciri-ciri lain di gym ini termasuk jaket berat dengan bendera lanun Red Hair Shanks dan program latihan kumpulan yang diadakan di studio digayakan seperti dek kapal.
Setiap program di gym ini mempunyai nama tersendiri berdasarkan siri One Piece seperti “Great Pirate Dance: Alabaster Belly Dance” dan “Projector Combat Haki”. Program ini terdiri daripada latihan standard yang direka untuk meningkatkan prestasi berjalan, berlari, berdiri, mengangkat dan lain-lain kemahiran.

Terdapat juga rancangan latihan satu lawan satu dengan jurulatih berpakaian sepergi pegawai tentera lain (Marine). Di kawasan khas, jurulatih akan mencipta menu latihan mengikut keperluan setiap ahli yang dipanggil sebagai “crew” dan membimbing mereka dengan teliti melalui latihan mereka.
Gym ini juga mempounyai sistem mata “Pirate Rank Up System”; ditentukan berdasarkan skala lemak badan ahli. Untuk menggalakkan pelanggannya berusaha bersungguh-sungguh, gym ini akan memberikam barangan One Piece berdasarkan “bounty points”, di mana pelanggan dapat kumpul setiap kali mereka datang. Antara barangan yang akan anda dapat ialah baju-T dan produk protein.

Selain itu, ONE PIECE FITNESS BragMen mengendalikan “pirate school” yang bertujuan untuk kanak-kanak berumur sekolah rendah dan ruang kafe yang dipanggil Utage Cafe yang menyajikan makanan dan minuman.

Penubuhan pusat kecergasan ini adalah berdasarkan buku Brag Men yang disebut dalam jilid ke-13. Buku tersebut menerangkan tentang kisah pengembaraan dari Grand Line dan memperkenalkan pulau Little Garden, di mana krew Straw Hat akhirnya mengembara.
Menarik juga konsep pusat kecergasan seperti ini, kan? Malangnya ia hanya dibuka di Shibuya, Tokyo sahaja. Jika ia dibuka di Malaysia, adakah anda akan pergi dan menyertai gym ini? Boleh kongsikan di ruang komen di bawah. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi di sini.
Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post