Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece FILM RED terlampau muzikal, peminat beri rating rendah

safwan by safwan
August 9, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
One Piece FILM RED terlampau muzikal, peminat beri rating rendah
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece FILM: RED yang baru sahaja ditayangkan 2 hari di Jepun telah memecahkan rekod kutipan sekali gus menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam francais filem One Piece. Walaupun begitu, nampaknya peminat tidak begitu gembira selepas menonton One Piece FILM: RED kerana rating yang diberikan adalah rendah.

Sebelum pergi lebih jauh dalam rating rendah yang diberikan oleh peminat, mari kita berborak berkenaan keuntungan yang dikutip sepanjang 2 hari tayangan. One Piece FILM: RED telah mengutip sebanyak ¥2,254,237,030 (anggaran RM 74,448,154.97) sekali gus menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam francais filem One Piece.

Namun, ia masih tidak cukup untuk mengalahkan filem Demon Slayer Mugen Train yang telah menduduki tangga pertama sejak dikeluarkan. Nampaknya ramai peminat One Piece tidak sabar untuk menonton filem ini sejak ia diumumkan pada tahun 2021.

Selepas peminat habis menonton filem tersebut, ramai yang memberikan rating rendah kerana beberapa perkara. Hal ini kerana, ramai peminat menjangkakan yang One Piece FILM: RED sama seperti sebelum ini yang penuh dengan aksi. Malangnya, One Piece FILM: RED menjadi filem muzikal.

Menurut laman web rasmi rating filem Eiga, filem ini telah mendapat skor sebanyak 3/5 berdasarkan rating daripada hampir 300 peminat. Ramai yang mengatakan lagu yang dimainkan adalah sangat banyak sehingga susah untuk memahami jalan penceritaan filem ini. Disebabkan banyak sangat lagu, ramai peminat kecewa dengan filem tersebut dan memberikan rating yang rendah.

Selain itu, peminat juga kecewa kerana filem ini mendedahkan perkara penting tentang Shanks yang tidak pernah ada dalam manga dan anime. Bukan itu sahaja, kuasa baru Luffy yang belum masuk dalam anime juga telah ditunjukkan dalam filem ini. Maklumat tentang Shanks dan kuasa baru Luffy berkemungkinan hanya sekadar tarikan kepada peminat One Piece.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa One Piece FILM: RED akan mula ditayangkan di Malaysia pada 22 September 2022. GSC Malaysia juga akan membuat Fan Screening pada 3 dan 4 September 2022 di GSC Paradigm Mall Petaling Jaya.

Harapnya peminat One Piece di Malaysia tidak meletakkan jangkaan yang tinggi pada filem ini. Hal ini kerana, apabila tidak mencapai jangkaan, anda akan terlalu kecewa dan memberikan rating yang rendah kepada One Piece FILM: RED. Harapnya, perkara ini tidak berlaku di Malaysia.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai One Piece daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: One Piece FILM: RED
Previous Post

Naruto Shippuden Musim 1-4 tiba di Netflix! Boleh tonton sekarang!

Next Post

Ezra Miller aka Flash buat hal lagi! Didakwa mencuri arak dari rumah orang

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Ezra Miller aka Flash buat hal lagi! Didakwa mencuri arak dari rumah orang

Ezra Miller aka Flash buat hal lagi! Didakwa mencuri arak dari rumah orang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd