Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece FILM: RED – Senarai watak penting termasuk Shanks

safwan by safwan
August 10, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Filem, GSC Cinemas, Manga, Movie/siri
0 0
0
One Piece FILM: RED – Senarai watak penting termasuk Shanks
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kita tahu, One Piece FILM: RED telah mula ditayangkan pada 6 Ogos 2022 di Jepun. Manakala di Malaysia, ia akan mula ditayangkan pada 22 September 2022. Sebelum pergi menonton One Piece FILM: RED, jom kami kenalkan watak-watak penting yang akan muncul dalam filem ini.

Korang jangan risau, artikel ini ditulis tanpa sebarang spoiler filem didalamnya. Jadi, korang boleh teruskan membaca dengan hati yang senang.

One Piece FILM: RED akan memfokuskan kepada Straw Hat Pirates dan watak utama iaitu Uta. Dia merupakan anak perempuan kepada Shanks dan telah ditinggalkan tanpa sebab. Tetapi dalam trailer, mereka telah menunjukkan Luffy sedang menenangkan Uta bahawa Shanks pergi meninggalkannya untuk melindunginya daripada bahaya.

Apa yang lebih mengejutkan adalah Luffy dan Uta mengenali satu sama lain sejak kecil lagi. Kita boleh nampak dalam trailer yang mereka telah bermain bersama sebelum Luffy mendapat parut di bawah matanya. Malangnya, apa yang ditunjukkan dalam trailer adalah sebaliknya. Uta langsung tidak mengenali Luffy kerana mereka berdua tidak berjumpa dalam masa yang lama.

Selepas beberapa trailer telah dikeluarkan, nampaknya Uta menekankan bahawa selagi dia terus menyanyi, dunia akan berada dalam keamanan. Walau bagaimana pun, Uta kelihatan sangat risau seolah-olah dia sedang membawa beban yang sangat besar. Mana tidaknya, Uta adalah seorang artis yang terkenal dalam dunia One Piece sekali gus berhadapan dengan beberapa masalah yang berkaitan dengan nyanyiannya.

Nampaknya Uta juga mempunyai devil fruit yang berkaitan dengan muzik seperti Oto Oto no Mi Apoo. Ini berkemungkinan, kita akan melihat jenis devil fruit dan kuasa yang diberikan kepada penggunanya, Uta.

Selain Uta, Luffy dan Straw Hat Pirate, terdapat seorang watak yang dinantikan oleh peminat One Piece iaitu Shanks. Watak yang dinantikan oleh ramai peminat One Piece akan menampilkan dirinya pada pengawalan filem di mana dia merupakan watak yang paling misteri.

Dalam filem ini juga, mereka akan menampilkan Big Mom Pirates yang terdiri daripada Charlotte Katakuri, Charlotte Brulee dan Charlotte Oven. Ketiga-tiga watak itu tidak dimunculkan diri mereka semasa arc Wano Country berlangsung. Jadi, ini adalah masa yang bagus untuk mereka menampilkan diri mereka dalam filem.

Bukan itu sahaja, Traqfalgar Law dan Bepo juga akan muncul dalam filem ini nanti. Sejak dah berbaik dengan Straw Hat Pirate, kedua-dua watak ini telah menjadi watak kegemaran oleh peminat One Piece. Dengan Trafalgar Law menjadi watak penting dalam movie sebelum ini, mesti ramai yang menjangkakan dia akan memainkan peranan penting dalam filem ini.

Five Elder dan The Marine juga akan muncul dalam filem ini. The Marine akan terdiri daripada Akainu, Kizaru, Fujitora, Momonga, Koby dan Helmeppo.

Ramai lagi watak hebat lain tetapi ini adalah watak penting yang akan muncul dalam One Piece FILM: RED. Mesti korang dah tidak sabar untuk menonton filem ini kan. Jom, sama-sama kita nantikan One Piece FILM: RED yang akan ditayangkan pada 22 September 2022 di GSC Malaysia.

Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai One Piece, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: luffyOne Piece FILM: REDShanks
Previous Post

Kekal halal, Overwatch hentikan penjualan loot box bermula 30 Ogos 2022

Next Post

Senarai anime harem terbaik yang boleh anda layan ketika bosan! [Part 2]

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Senarai anime harem terbaik yang boleh anda layan ketika bosan! [Part 2]

Senarai anime harem terbaik yang boleh anda layan ketika bosan! [Part 2]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd