Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Film: RED menampilkan rekaan baru untuk krew Luffy, tema “pergi konsert muzik!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
One Piece Film: RED menampilkan rekaan baru untuk krew Luffy, tema “pergi konsert muzik!”
Share on FacebookShare on Twitter

Luffy, Nami, Zoro, Sanji dan seluruh krew Straw Hat akan mendapat rekaan baru untuk filem One Piece: Red akan datang.

Kostum baru ini telah didedahkan semasa panel One Piece di Jump Festa, acara tahunan yang diadakan oleh Shueisha untuk mempromosikan majalah Shonen Jump  dan semua francais manga yang telah diterbitkannya. Walaupun tiada treler baru atau butiran tambahan tentang jalan cerita, panel One Piece telah mempamerkan lakaran kasar pertama yang anda boleh lihat di bawah untuk geng Topi Jerami:

Dengan tema seakan-akan pergi konsert muzik dalam One Piece: RED, beberapa watak seperti Luffy dan Sanji mempunyai penampilan yang lebih kasual, manakala watak lain menerima rekaan baju yang lebih drastik seperti pakaian Usopp yang diilhamkan oleh kugiran KISS dan penampilan baru Franky yang jelas diilhamkan oleh radio kaset.

Filem ini dijadualkan akan membuat tayangan perdana pada 6 Ogos di Jepun tetapi malangnya tayangan antarabangsa tidak dinyatakan walaupun pihak produksi mengesahkan ia akan keluar di luar negara.

Diawasi oleh pencipta Eiichiro Oda, filem ini akan diarahkan oleh Goro Taniguchi manakala pula ditulis oleh Kuroiwa Tsutomu yang sebelum ini menulis skrip untuk One Piece Film: Gold.

Zabuzacraft飛🕷️ on Twitter: "@PageOne81516942 @OdencraftA no creo, debe ser  algo parecido a lo que paso con Shiki y Bullet" / Twitter

Sebagai filem ke-15 dalam francais keseluruhan, One Piece Film: Red akan memberi fokus pada Red-Haired Shanks, kapten kepada Red Hair Pirates dan salah seorang daripada empat Yonko dalam New World. Bagi mereka yang tidak tahu, Shanks juga ialah lelaki yang memberi inspirasi kepada protagonis siri, Monkey D. Luffy, untuk menjalani kehidupan sebagai lanun, dan juga memberikan topi jerami ikoniknya kepada protagonis muda kita.

Anime One Piece telah ditayangkan buat pertama kalinya di Jepun pada tahun 1999 sehingga sekarang. Sudah 23 tahun anime ini ditayangkan dan pengembaraan Luffy masih lagi berterusan. Walaupun begitu, latar belakang Shanks masih jadi misteri, jadi saya harap mereka dapat menjelaskan lebih lagi tentang watak ini dalam filem seterusnya.

Sumber – Twitter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeluffyone pieceOne Piece FILM: RED
Previous Post

Game mobile Jujutsu Kaisen: Phantom Parade akan keluar tahun 2022, butiran lanjut tentang gameplay!

Next Post

Anime Miss Kobayashi’s Dragon Maid juga kena Censored di Bilibili!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Anime Miss Kobayashi’s Dragon Maid juga kena Censored di Bilibili!

Anime Miss Kobayashi's Dragon Maid juga kena Censored di Bilibili!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd