Siri Live Action One Piece telah mendedahkan seorang lagi pelakon baru yang akan membawa watak ikonik siri iaitu, Shanks. Pelakon tersebut ialah Peter Gadiot, seorang pelakon British yang juga terkenal dengan wataknya dalam siri Queen of the South. Berikut adalah video khas darinya sempena pengumumannya dalam siri Live Action One Piece:

Melalui video itu juga, nampaknya penggambaran untuk siri ini dijalankan di Cape Town, Africa. Seperti yang telah dijangka oleh ramai peminat melalui petunjuk yang ditunjukkan melalui Twitter.
Kalau anda ingin melihat barisan pelakon lain yang telah diumumkan, sila klik pautan ini.
Selain itu, anime One Piece FILM RED telah mengumumkan tarikh tayangan rasmi di Jepun yang jatuh pada tarikh 6 Ogos 2022.
Bersama pengumuman ini, pihak produksi telah mengeluarkan visual baru yang menunjukkan penampilan penuh bagi ‘gadis misteri’ dalam poster pertama. Siapakah gadis ini? Info itu tidak diberitahu tetapi menurut halaman Twitter rasmi, dia memegang peranan yang penting dalam filem tersebut bersama dengan Red Haired Shanks sebagai watak utama.
Menurut Shinji Shimizu (penerbit anime One Piece), One Piece FILM RED amat berbeza daripada filem One Piece dan dibuat dengan gabungan 2D dan 3D CGI. Walaupun animasi utama akan dihasilkan secara 2D tetapi beberapa babak akan dibuat secara CGI 3D untuk memberi lebih impak.
Pada masa yang sama, mereka juga umumkan kad baru untuk One Piece Card Game dan logo rasmi untuk ulang tahun ke-25!

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri anime ini, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post