Berita baik buat semua peminat anime di Malaysia kerana GSC Cinemas telah mengesahkan tarikh tayangan untuk ONE PIECE FILM RED di negara kita! Melalui pengumuman rasmi di Twitter, nampaknya kita juga akan dapat fan screening pada 3 dan 4 September 2022. Tarikh tayangan untuk umum pula akan bermula pada 22 September 2022.
Maklumat tentang tiket fan screening boleh KLIK DI SINI.
Berkenaan fan screening, ONE PIECE FILM RED akan ditayangkan di pawagam GSC Paradigm Mall PJ, Malaysia. Sedikit berbeza daripada dahulu yang biasanya ditayangkan di Mid Valley. Maklumat lanjut mengenai tayangan khas ini masih belum diumumkan. Jadi kita tunggu sahaja maklumat lanjut daripada GSC Cinemas.
Bagi sesiapa yang tidak mengetahui filem One Piece: Red, ia telah diumumkan pada tahun 2021 dengan menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos 2022. Berikut adalah sinopsis ONE PIECE FILM RED:
Uta, seorang penyanyi yang paling disayangi dalam dunia. Suaranya digambarkan seperti sesuatu yang luar biasa. Untuk buat kali pertama, dia akhirnya munculkan diri di khalayak ramai untuk sebuah konsert.
Tempat konsert tersebut telah dipenuhi dengan ramai peminat Uta, yang terdiri daripada lanun, tentera laut dan sudah semestinya krew Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Mereka datang untuk menikmati persembahan hebat daripada Uta. Kisah filem ini bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa Uta sebenarnya anak kepada Shanks.

Menurut Shinji Shimizu (penerbit anime One Piece), One Piece FILM RED amat berbeza daripada filem One Piece dan dibuat dengan gabungan 2D dan 3D CGI. Walaupun animasi utama akan dihasilkan secara 2D tetapi beberapa babak akan dibuat secara CGI 3D untuk memberi lebih impak. Mesti anda juga tidak sabar untuk menontonnya. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post