Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Devil Fruit Luffy tergolong sebagai Paramecia & Mythical Zoan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 20, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Devil Fruit Luffy tergolong sebagai Paramecia & Mythical Zoan
Share on FacebookShare on Twitter

One Piece bakal memasuki saga terakhir dan akhirnya bab terbaru akan tiba pada hujung minggu ini selepas pencipta Eiichiro Oda rehat selama sebulan. Sementara menunggu Luffy memulakan pengembaraan seterusnya, pihak Shueisha telah memberikan maklumat baru melalui bab istimewa Road to Laugh Tale. Dari situ, mereka telah menjawab persoalan paling penting tentang Devil Fruit milik Luffy.

Semuanya didedahkan apabila Road to Laugh Tale mengeluarkan bab terbarunya di mana ia mengesahkan bahawa Devil Fruit milik Luffy secara rasmi diklasifikasikan sebagai Paramecia dan Mythical Zoan. Ini juga bermakna buah itu mempunyai dua nama, jadi anda boleh memanggilnya Gomu Gomu no Mi atau Hito Hito no Mi, Model: Nika.

Road to Laugh Tale officially classifies Luffy's fruit as both a Paramecia and a Mythical Zoan, with its two official names "Gomu Gomu no Mi" and "Hito Hito no Mi, Model: Nika". This could explain why Luffy can use both Paramecia and Zoan awakenings pic.twitter.com/hMhPluOEiq

— Artur – Library of Ohara (@newworldartur) July 10, 2022

Semasa siri One Piece baru bermula, semua orang fikir bahawa Hito Hito no Mi tergolong dalam kategori Paramecia dan hanya memberikan kebolehan “getah” kepada pemilik. Tetapi di kemuncak saga Wano semasa pertarungan Luffy vs Kaido, ramai peminat terkejut apabila mendapat tahu yang buah itu juga adalah Mythical Zoan, yang membolehkan Luffy memperoleh kuasa “Sun God, Nika”.

Identiti sebenar Hito Hito ni Mi didedahkan selepas “Awakening”, turut mengubah penampilan Luffy: rambut dan keningnya menjadi putih, matanya bersinar, dan awan putih melayang di lehernya, ditemani oleh awan di sekeliling. Perubahan ini juga dipanggil sebagai Gear 5 oleh Luffy.

Dari segi abiliti, Luffy menerima kekuatan berganda dan kebolehan getah yang lebih luas di mana dia dapat mengubah persekitaran (tidak kira badan musuh atau konkrit) kepada getah, lantas meluaskan lagi pilihan serangannya.

Jarang sekali satu Devil Fruit boleh tergolong dalam dua kategori berbeza – patutlah World Goverment cuba merahsiakan buah ini. Jadi, apa pendapat korang tentang Devil Fruit milik Luffy? Jom kongsi pendapat di ruang komen!

Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Devil Fruitluffyone piece
Previous Post

[Review] HyperX Cloud Core Wireless – Headset kecil sesuai untuk gamer baru dan kasual!

Next Post

ONE PIECE FILM RED akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September di GSC Cinemas!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu
Berita

Wizards of the Coast Umum Game Action-Adventure Dungeons & Dragons Baharu

June 3, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun
Berita

Game James Bond ‘007: First Light’ Diumumkan – Pendedahan Penuh Pada 7 Jun

June 3, 2025
Next Post
ONE PIECE FILM RED akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September di GSC Cinemas!

ONE PIECE FILM RED akan ditayangkan di Malaysia pada 22 September di GSC Cinemas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd