Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece dan Attack on Titan – siri manga yang selalu digugurkan oleh peminat!

Alan Fikri by Alan Fikri
January 2, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece dan Attack on Titan – siri manga yang selalu digugurkan oleh peminat!
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila kita memikirkan siri manga paling popular zaman sekarang, pasti One Piece dan Attack on Titan adalah antara siri manga yang paling banyak dijual di seluruh dunia. Itulah sebabnya terdapat laporan baru mengenai “siri manga paling banyak digugurkan” dari Jepun, mengejutkan peminat manga. Senarai itu termasuk beberapa siri popular pada zaman sekarang.

Di laman web Popular Jepun, All About News telah mengeluarkan senarai “siri manga paling banyak digugurkan oleh peminat” berdasarkan tinjauan pendapat yang dijalankan oleh mereka pada 17 Oktober hingga 8 November tahun lalu. Senarai itu, secara mengejutkan, termasuk beberapa siri manga paling popular. Mari saya tunjukkan senarai tersebut:

Tempat ke-2 (Seri): Attack on Titan

Manga ini dikeluarkan pada tahun 2009 dan ditamatkan pada tahun 2021. Hajime Isayama ialah pengarang dan ilustrator siri ini. Ia adalah manga paling popular di My Anime List (MAL) kerana ia berada dalam kedudukan nombor satu dalam senarai siri manga paling popular MAL. Musim terakhir “Attack on Titan” akan mula disiarkan pada awal tahun 2023. Manga Attack on Titan mempunyai 34 jilid, dicetak secara fizikal dalam bahasa Inggeris dan Jepun.

Berikut adalah komen daripada pembaca yang menggugurkan manga ini:

Saya rasa mual pada adegan memakan orang.

Wanita berumur 38 tahun

Saya menjadi penat apabila membaca banyak sangat perkataan.

Lelaki berumur 23 tahun

Ia bertukar menjadi peperangan diantara manusia di pertengahan jalan, saya berhenti sebab ia terlalu kejam

Lelaki berumur 51 tahun

Berikut adalah sinopsis Attack on Titan:

Berlatarkan dunia di mana manusia tinggal di dalam bandar yang dikelilingi oleh tiga tembok besar yang melindungi mereka daripada humanoid pemakan manusia gergasi yang dikenali sebagai Titans, kisah ini mengikuti Eren Yeager, yang bersumpah untuk memusnahkan semua Titan selepas Titan membunuh ibunya dan kampung halamannya.

Tempat ke-2 (Seri): Jujutsu Kaisen

Manga ini dikeluarkan pada tahun 2018 dan masih diterbitkan sehingga sekarang. Gege Akutami ialah pengarang dan ilustrator siri ini. Jujutsu Kaisen menduduki tempat ke-14 di MAL berdasarkan populariti. Adaptasi anime pertama siri ini mendapat sambutan hangat dan Musim 2 anime ini sedang dalam produksi. Kini, ia mempunyai 21 jilid, dengan 20 jilid tersedia dalam bentuk fizikal dalam bahasa Jepun dan 17 jilid tersedia dalam bahasa Inggeris.

Berikut adalah komen daripada pembaca yang menggugurkan manga ini:

Sebab saya tidak dapat mengikuti pembangunan cerita selepas Gojo ditangkap.

Lelaki berumur 30 tahun

Saya tidak dapat memahaminya kerana ia menjadi secara tiba-tiba tanpa penjelasan tentang teknik.

Lelaki berumur 35 tahun

Saya tidak faham apa yang sedang dilakukan pada adegan berlawan, dan saya juga tidak ffaham bagaimana cerita sedang berkembang

Perempuan berumur 30 tahun

Berikut adalah sinopsis Jujutsu Kaisen:

Pelajar sekolah menengah Yuuji Itadori, yang leka dengan aktiviti paranormal dengan Kelab Ghaib, menghabiskan hari-harinya di bilik kelab atau di hospital, di mana dia melawat datuknya yang terbaring di katil. Bagaimanapun, gaya hidupnya tidak lama kemudian berubah menjadi pelik apabila dia secara tidak sedar terjumpa objek terkutuk.

Yuuji mendapati dirinya tiba-tiba terbawa ke dunia Curses, makhluk dahsyat yang dibentuk oleh niat jahat dan negatif manusia, selepas menelan jari tersebut yang kepunyaan syaitan Sukuna Ryoumen, “King of Curses”. Yuuji mengalami sendiri ancaman kutukan kepada masyarakat apabila dia menemui kuasa yang baru diperolehnya. Diperkenalkan kepada Kolej Teknik Sihir Metropolitan Tokyo, dia mula menempuh jalan yang tidak boleh kembali: perjalanan ahli sihir Jujutsu.

Tempat pertama: One Piece

Manga One Piece mula dikeluarkan pada tahun 1997 dan masih disiarkan sehingga kini. Eiichiro Oda ialah ilustrator dan pengarang manga ini. Ia adalah salah satu siri manga paling popular, dan berada pada temopat ke-3 dalam senarai siri manga paling popular di MAL.

Dan ia adalah satu-satunya siri manga yang memegang rekod dunia untuk kebanyakan jilid yang dijual di seluruh dunia. Anime siri ini mempunyai episod sebanyak 1041 dan masih disiarkan. Manga siri ini pula pada masa ini mempunyai 104 jilid, dengan kesemuanya tersedia dalam bahasa Jepun dan 100 jilid pertama tersedia dalam bahasa Inggeris secara fizikal.

Mari kita lihat komen pembaca yang menggugurkan manga ini:

Daripada tengah, jumlah ilustrasi dalam setiap frame semakin meningkat dan banyak elemen gag dimasukkan menyebabkan saya kehilangan keinginan untuk membaca.

Lelaki berumur 37 tahun

Babak berlawan terlalu panjang dan kisah cerita tidak berkembang, jadi saya rasa bosan

Lelaki berumur 53 tahun

Berikut adalah sinopsis One Piece:

Luffy ialah seorang budak lelaki berusia 17 tahun yang bercita-cita untuk menjadi lanun pada masa hadapan. Sejak kecil, dia mempunyai seorang idola bernama Shanks, yang menyelamatkan Luffy beberapa kali dalam situasi yang rumit. Pada suatu hari, semasa bertengkar dengan shanks dan krunya, Luffy secara tidak sengaja makan sebiji buah di dalam kotak dan menjadi elastik. Buah ini adalah Devil Fruit, “Gomu Gomu no Mi.”

Kini, Luffy berjanji kepada Shanks bahawa suatu hari nanti, dia akan bertemu dengannya apabila dia menjadi lanun yang hebat dan menubuhkan krew lanun yang kuat. Maka bermulalah perjalanan Straw Hat Luffy.

Gambar dibawah merupakan senarai penuh tinjauan tersebut.

Perlu diingatkan bahawa tinjuan ini mempunyai jumlah nombor yang kecil iaitu sebanyak 376 peserta. Jadi apa pendapat anda tentang pandangan mereka untuk menggugurkan manga One Piece, Attack on Titan, Jujutsu Kaisen dan banyak lagi, boleh kongsi di ruangan komen di bawah.

Untuk banyak lagi ulasan menarik tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanJujutsu Kaisenmangaone piece
Previous Post

Review Harvestella – Sambil berlawan sambil bercucuk tanam!

Next Post

Review Dragon Quest Treasure – Pengembaraan dua beradik di Draconia!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Review Dragon Quest Treasure – Pengembaraan dua beradik di Draconia!

Review Dragon Quest Treasure - Pengembaraan dua beradik di Draconia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd