One Piece adalah salah satu anime shonen paling popular dalam sejarah dan juga merupakan salah satu anime yang paling lama berlangsung. Memandangkan anime mempunyai beratus-ratus episod, ramai yang mungkin takut untuk mula menonton One Piece. Tetapi jika anda tidak kisah dan mempunyai azam yang tinggi, berapa banyak masa yang diperlukan untuk menonton seluruh anime One Piece?

Dicipta oleh Eiichiro Oda, anime One Piece mula ditayangkan pada Oktober 1999, lantas membuatkan siri ini berusia lebih dari 20 tahun. Selama 2 dekad ia disiarkan, One Piece telah mengeluarkan banyak musim, di mana jumlah episod terkini adalah 991 (masih belum tamat lagi ya). Tidak seperti anime lain, filem One Piece juga merupakan sebahagian dari naratif yang sedang berlangsung, kerana episod 895 dan 896 yang merangkumi arc “Carbonic Acid King” sebenarnya mempunyai kaitan dengan filem terkini One Piece: Stampede.
Jadi berapa banyak masa kita perlu untuk menonton semua episod?
Pada saat penulisan, One Piece sudah mencecah episod yang ke-991. Secara anggaran kasar, setiap episod berdurasi antara 22 hingga 24 minit (termasuk intro dan outro). Saya akan guna 24 minit sebagai contoh dan mendarabnya dengan 991.
24 (minit) x 991 (episod) = 23,784 (jumlah total minit)
*Kiraan kasar sahaja, durasi setiap episod adalah berbeza*

Maka, keseluruhan siri anime One Piece mempunyai durasi selama 23,784 minit. Ini bersamaan dengan 396.4 jam atau 16.52 hari. Secara teori, anda boleh habis menonton keseluruhan anime One Piece dalam tempoh masa 17 hari dengan syarat jangan tidur, atau berehat. Malangnya, kita semua ada tanggungjawab atau kerja masing-masing. Jika saya ingin kira secara realistik, anda masih memerlukan lebih kurang 2 bulan lebih untuk habis menonton anime One Piece. Sudah tentu, jumlah episod juga akan meningkat memandangkan anime masih berjalan setiap minggu.
Walaupun jumlah di atas masih banyak untuk ditonton, jangan korang menyesal kerana One Piece tidak pernah menghampakan. Untuk segala liputan kami tentang One Piece, sila tekan pautan ini.
Sumber – One Piece Fandom
@gamersantaimy
Discussion about this post