Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece: Bagaimana Zoro pertama kali mendapat pedang dan pertemuan dengan samurai legenda Wano!

Maira by Maira
December 1, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
One Piece: Bagaimana Zoro pertama kali mendapat pedang dan pertemuan dengan samurai legenda Wano!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau bercerita mengenai manga Shonen, sudah tentu One Piece masih kekal hebat dan ianya terbukti dalam setiap minggu. Dalam bab terbaru One Piece, nampak seperti Zoro menghadapi kesukaran semasa berlawan dengan King. Lebih teruk lagi, pedang Zoro, Enma tiba-tiba sahaja menjadi tidak terkawal dan dikelilingi api. Dari sini akhirnya kita mengetahui bagaimana Zoro mendapatkan pedangnya itu dan rahsia mengenainya.

Sumber: mangaplus

Amaran! Spoiler bab terbaru manga One Piece di bawah!

Kita sedia tahu bahawa Zoro tidak mempunyai pedang semasa kecil. Apabila dia mencabar Kuina di dojo, Zoro datang dengan dua pedang hebat yang tiada sesiapa pun tahu dari mana ia muncul. Sekarang kita tahu bahawa kedua pedang tersebut datang dari seorang tukang besi tua kampung itu dan lelaki itu sebenarnya seorang legenda di Wano.

one piece zoro pedang
Sumber: mangaplus

Tukang besi itu tidak lain adalah Shimotsuki Kozaburo, yang merupakan tukang besi terkenal dari Wano yang melarikan diri dari negara itu setelah kematian Oden. Bersembunyi menggunakan identiti baru, tukang besi itu menetap di East Blue dan mempunyai keluargnya sendiri. Rupa-rupanya dia merupakan atuk Kuina. Zoro dan Shimotsuki mempunyai interaksi yang pelik antara satu sama lain tetapi itulah yang membuatkan Zoro mendapatkan pedangnya.

one piece zoro pedang
Sumber: mangaplus

Shimotsuki mengingatkan Zoro bahawa pedang adalah alat untuk membunuh. Setiap pedang mempunyai personalitinya tersendiri dan seorang swordsman yang hebat perlu belajar mengenali pedang mereka dan mengawalnya dengan baik. Shimotsuki memberitahunya mengenai sebuah pedang terhebat yang dibuat olehnya dan menamakannya Enma. Zoro kini sedar bahawa Enma sedang mengujinya sebab itu ia sukar dikawal pada mulanya.

RelatedPosts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

Sumber: mangaplus

Nampaknya Zoro perlu jinakkan Enma jika dia mahu mengalahkan King. Jika lihat pada pengakhiran bab itu, kita mungkin dapat saksikan upgrade untuk Haki Zoro. Apa pendapat anda mengenai pendedahan baru ini? Boleh berikan pendapat anda di ruang komen. Jika anda mahu membaca sendiri bab terbaru manga One Piece, anda boleh melawat MangaPlus!

Untuk segala liputan lain mengenai One Piece, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Enmamangaone pieceShimotzukiZoro
Previous Post

Laptop gaming next-gen bertambah lebih mahal pada tahun 2022 menurut CEO Razer

Next Post

Gundam Café menawarkan menu “ikonik” berdasarkan anime! Senarai hidangan termasuk harga!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Gundam Café menawarkan menu “ikonik” berdasarkan anime! Senarai hidangan termasuk harga!

Gundam Café menawarkan menu "ikonik" berdasarkan anime! Senarai hidangan termasuk harga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd