UPDATE: Hari ini, halaman media sosial One Piece Asia Tour telah mengumumkan info penuh bagi ‘One Piece Exhibition Asia Tour‘ yang bakal diadakan di Malaysia termasuk lokasi tepat, harga tiket, dan aktiviti di dalam. Berikut adalah rumusan penuh:
Menurut pihak penganjur AMN, tiket Early Bird bagi One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour Exhibition kini tersedia boleh dibeli.
- Lokasi: Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting
- Tarikh: 23 Mac – 8 Mei 2023 (Isnin – Ahad, 10 pagi – 10 malam)
- Beli tiket di sini: https://www.ticket2u.com.my/event/30178
Harga tiket pula adalah seperti berikut:
- Early Bird
- Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 80
- Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM100
- Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 40
- Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma
- Standard
- Tiket dewasa Malaysia (18 tahun ke atas) – 90
- Tiket dewasa bagi warga asing (18 tahun ke atas) – RM110
- Semua warga emas, murid-murid, kanak-kanak (warga emas lebih 60 tahun, murid bawah 18 tahun) – 50
- Bayi (3 tahun ke bawah) – Percuma


Di bawah adalah artikel original:
Saya menyeru semua peminat anime di Malaysia kerana salah satu francais paling popular di seluruh dunia, One Piece, akan tiba tidak lama lagi di negara kita dalam bentuk pameran eksklusif! Khususnya, acara ‘One Piece Exhibition Asia Tour‘ akan diadakan di Resorts World Genting, Malaysia pada 23 Mac hingga 8 Mei.

Menurut akaun Twitter rasmi One Piece, mereka berkata:
Alami perjalanan epik bersama Luffy dan rakan-rakannya di perhentian kedua One Piece “The Great Era of Piracy” Exhibition Asia Tour di Malaysia pada 23 Mac 2023 ini!


Secara am, One Piece Exhibition Asia Tour ialah acara pameran interaktif yang diadakan di bandar-bandar utama di Asia hingga 2023, bermula dengan Hong Kong pada November 2022. Pameran ini mereplikasikan semula kisah klasik One Piece dan terdiri daripada beberapa zon bertema termasuk Impel Down, Marineford, Fish-Man Island, Dressrosa, Wano dan banyak lagi.

Dalam zon ini, terdapat pelbagai aktiviti untuk dilakukan. Pertama, anda boleh melihat patung bersaiz besar berdasarkan watak-watak popular. Semua patung ini direka berdasarkan adegan tertentu dalam anime dan manga, jadi pengunjung dialu-alukan untuk mengambil gambar sebanyak mungkin.

Kedua adalah permainan interaktif di mana pengunjung dapat mengumpulkan mata untuk menebus barangan edisi terhad dan akhir sekali adalah kedai-kedai mini yang menjual barang koleksi eksklusif One Piece. Lebih daripada 100+ One Piece akan dijual, termasuk figura yang dihasilkan khusus untuk pameran.

Itu sahaja info yang saya tahu buat masa ini tentang One Piece Asia Tour di Malaysia. Jika ada maklumat lanjut, saya akan terus laporkan di Gamer Santai!
Untuk membaca segala liputan kami tentang francais One Piece termasuk analisis bab baharu, game dan anime, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post