Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece – Asal usul Kaido, penjahat terhebat yang dikalahkan oleh Joy Boy

safwan by safwan
May 19, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece – Asal usul Kaido, penjahat terhebat yang dikalahkan oleh Joy Boy
Share on FacebookShare on Twitter

Dunia One Piece memperkenalkan salah satu penjahat terhebat dalam Arc Wano iaitu Beast Pirate Captain Kaido. Dengan peperangan Wano nampaknya akan berakhir, bab terbaru manga mengambil peluang untuk menceritakan masa lalu bekas Rock Pirate itu. Jadi kali ini, kami ingin kongsikan kepada korang asal usul Kaido.

Amaran: Berikut mengandungi spoiler untuk One Piece bab 1049 “The World That Should Be”

Dalam bab terbaru ini, mereka mulakan flashback Kaido sebagai kanak-kanak berusia 10 tahun dan ini adalah kali pertama mereka menunjukkan Kaido semasa dia kecil. Semasa dia kecil, Kaido telah mendapat gelaran sebagai “Ultimate Soldier”. Dari sini, dia nampaknya telah dijual kepada Marine untuk berkhidmat agar negaranya, Vodka Kingdom menjadi sebahagian daripada Reverie seterusnya. Namun, bakal Beast Pirate Captain tidak berminat dengan takdirnya dan terus melarikan diri.

Pada usia 15 tahun, Kaido diminta untuk menyertai Rock Pirates yang akan menjadi kumpulan lanun paling berkuasa selain Straw Hats. Rock Pirates itu terdiri daripada Kaido, Big Mom, Whitebeard dan banyak lagi. Sepuluh tahun kemudian, Kaido bergabung tenaga dengan King of the Beast Pirates dan memulakan laluannya sebagai pemerintah Negara Wano serta memutuskan bahawa satu-satunya cara untuk mengubah dunia adalah melalui keganasan.

Berdiri atas ahli krew, Kaido menyampaikan ucapan tentang cara dia mahu mengubah dunia:

Kami akan mengambil semua pemerintah yang dimanjakan dan berketurunan mulia ini dan mengheret mereka turun dari takhta mereka ke medan perang bersama kami! Itulah yang saya panggil kesaksamaan dan kebebasan! Dunia di mana hanya peperangan yang menentukan nilai sebenar seorang lelaki!

One Piece asal usul Kaido

Lama-kelamaan dia mula sedar bahawa Joy Boy akan mengalahkannya. Walaupun Kaido dikatakan telah tewas tujuh kali dalam hidupnya, bab ini banyak menyinggung fakta bahawa dia, sebenarnya tidak pernah kalah dalam pertempuran yang serius sebelum ini. Senang cerita, Kaido pernah kalah semasa dia budak kecil namun semasa dewasa Kaido tidak pernah kalah dalam pertempuran selain daripada Luffy.

One Piece asal usul Kaido

Bab ini berakhir dengan bukan sahaja flashback tetapi Luffy dan Kaido berbalas tumbukan antara satu sama lain. Akhirnya, hasrat Kaido dikabulkan dalam bab terbaru apabila Luffy, yang kemungkinan Joy Boy seterusnya, akhirnya memberikan tumbukan yang kuat kepadanya.

Jadi, itu sahaja yang dapat kami kongsikan mengenai asal usul Kaido. Korang rasa cukup tak pengenalan watak penajahat ini yang diberikan oleh One Piece? Kongsikan pendapat di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik tentang One Piece, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Kaidoone pieceOne Piece 1049
Previous Post

Senarai setiap laptop, desktop & aksesori yang dikeluarkan oleh Acer untuk 2022

Next Post

Antara ANIME adaptasi MANHWA yang korang boleh layan masa cuti!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Antara ANIME adaptasi MANHWA yang korang boleh layan masa cuti!

Antara ANIME adaptasi MANHWA yang korang boleh layan masa cuti!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd