Peminat One Piece boleh bergembira kerana ‘ONE PIECE Anime 25th UT‘ yang telah lama ditunggu-tunggu akhirnya akan datang di Malaysia tidak lama lagi!
Seperti namanya, kolaborasi ini adalah untukmemperingati ulang tahun ke-25 anime TV ONE PIECE, dan datang dalam koleksi lapan design berbeza untuk dewasa, dan lima design berbeza untuk kanak-kanak berdasarkan tema “Monkey D. Luffy : Adventure Trail.”
Setiap baju menggambarkan pengembaraan Monkey D.Luffy, watak utama siri ini, dan kru Straw Hat – bermula dari “East Blue” hingga “Egghead” iaitu lokasi terkini. Bukan setakat adegan-adegan gembira sahaja, koleksi ini menggambarkan keseluruhan perjalanan Luffy, termasuk momen-momen sedih dan menyayat hati, serta pertumbuhan dia bersama rakan-rakan ketika menuju ke Egghead.

Bagi mereka yang berminat, ONE PIECE Anime 25th UT akan dijual secara online dan di semua kedai UNIQLO di Semenanjung Malaysia pada 26 Julai, dan pada 27 Julai untuk Malaysia Timur. Baju dewasa dijual pada harga RM 59.90 manakala baju kanak-kanak dijual pada RM 39.90!
Berikut adalah senarai baju:
Dewasa
Kanak-Kanak
Anda boleh melihat barisan baju penuh di laman web rasmi, dan menambahkannya ke wishlist sekarang di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post