Bab terbaru manga One Piece akhirnya keluar secara rasmi, dan sudah tentu ramai yang sudah menyangka pengakhirannya. Melihat daripada petunjuk-petunjuk sepanjang siri, memang boleh agak bahawa Luffy dan krewnya akan mendapat seorang lagi ahli baru. Bukan setakat itu sahaja, manga One Piece nampaknya akan berehat selama sebulan. Mari kami ceritakannya satu-persatu.
Amaran! Terdapat spoiler manga One Piece bab 1051!
Dengan penamat kepada Wano arc juga tiba, kita melihat Yamato yang telah membuat keputusan untuk menyertai krew Straw Hat. Ianya disambut baik oleh ahli krew walaupun pada mulanya mereka ingat mahu berlawan dengannya memandangkan dia anak Kaido. Yamato memperkenalkan dirinya sebagai Kozuki Oden kepada krew Straw Hat di situ.

Selepas itu kita diperkenalkan dengan Shogun baru Wano iaitu Kozuki Momonosuke dalam rupa asalnya dan bukanlah naga lagi. Dia juga telah mengumumkan bahawa pemerintahan kejam oleh Kaido akhirnya berakhir dan berjanji untuk mengikut jejak langkah bapanya. Perkara itu telah disambut meriah oleh semua warga Wano.

Dengan berakhirnya Wano arc, nampaknya kita akan mendapat beberapa bab baru sebelum arc terakhir bermula nanti. Tetapi selepas itu siri One Piece akan direhatkan selama sebulan bermula hujung bulan ini. Berita yang mengejutkan tetapi ia sangat munasabah dengan kehidupan Oda-sensei yang sibuk sekarang ini.
Melalui Twitter, telah diumumkan bahawa siri One Piece akan direhatkan selama sebulan kerana banyak perkara yang perlu dilakukan Oda-sensei. Antaranya ialah festival ulang tahun ke-25 One Piece, memantau set penggambaran siri live action di Afrika, pelancaran filem ONE PIECE: FILM RED dan juga untuk memperkemaskan arc terakhir siri. Senang cerita, 25 Julai nanti akan bermulanya arc terbaru untuk manga One Piece.
Selain itu, beberapa perkara mengenai filem baru itu juga akan didedahkan pada 8 Jun ini di Youtube rasmi One Piece dan nampaknya pelbagai kejutan akan menanti peminat. Antaranya trailer baru, pelakon suara Uta serta key visual baru yang dihasilkan oleh Oda-sensei. Mesti anda juga tidak sabar untuk melihat trailer terbaru itu nanti.
Apapun, sudah banyak siri manga JUMP yang sudah masuk ke arc penamat. Manga One Piece juga akan direhatkan. Sabar sahajalah. Kalau anda ingin mendapatkan liputan lain mengenai One Piece daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post