Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Omelet Gaming Switch Pro Controller Review – Alternatif Terbaik Dan Murah Untuk Controller Switch!

Maira by Maira
September 6, 2022
in Artikel, Berita, Produk, Review, Review Produk
0 0
0
Omelet Gaming Switch Pro Controller Review – Alternatif Terbaik Dan Murah Untuk Controller Switch!
Share on FacebookShare on Twitter

Pemain Nintendo Switch mesti sudah tahu betapa mahalnya controller rasmi untuk konsol tersebut. Harganya juga hampir sama dengan harga sebuah game switch. Tetapi kami ada berita baik untuk anda. Terdapat satu controller Switch dengan harga bajet untuk anda dapatkan iaitu Omelet Gaming Switch Pro Controller. Ia dijual dengan harga RM 129.90! Controller ini bukan sahaja boleh digunakan tanpa wayar, ia juga mempunyai beberapa ciri tambahan untuk memberikan keselesaan dan meningkatkan pengalaman ketika bermain.

Design ala-ala retro

Controller Omelet Pro ini mempunyai reka bentuk yang biasa anda nampak di kedai. Walaupun ia direka untuk konsol Switch, ia masih boleh digunakan pada PC dan mobile. Ia mempunyai layout seperti Pro Controller Switch dan Xbox. Jadi kalau anda sudah biasa dengan layout controller PlayStation, anda mungkin mengambil masa untuk membiasakan diri. Tetapi ia masih mempunyai fungsi yang sama.

Agak retro juga design controller ini kerana badannya semi lutinar untuk model warna hitam dan putih, manakala model crystal pula badan controller tersebut lusinar sepenuhnya. Ianya menarik kerana boleh nampak komponen dalam controller tersebut. Cuma satu sahaja masalah, badan controller senang comot tetapi tidaklah begitu ketara.

Disebabkan badan Controller tersebut hanya plastik sahaja, ia tidaklah selesa sangat seperti Nintendo Pro Controller. Tetapi apabila dipegang ianya sesuai sahaja pada tangan malah beratnya juga biasa-biasa sahaja. Kalau genggam dengan kuat juga tidak menjadi masalah kerana ianya sangat kukuh.

Nak gunakan Omelet Pro ini juga senang. Anda tidak perlukan apa-apa aplikasi untuk terus menggunakannya. Hanya sambungkan sahaja controller pada peranti atau konsol dan anda boleh sambung bermain game. Omelet Pro juga boleh disambungkan pada dock pengecas Switch menggunakan kabel USB Type-C sama seperti Pro Controller.

Butang yang banyak

Controller ini mempunyai dua analog stick yang boleh ditekan, D-pad, empat butang berlabel dan juga empat butang pada bahu controller. Memandangkan ianya controller untuk Switch, jadi ia mempunyai kedudukan label yang sama dengan controller tersebut. Jadi kalau anda menggunakannya untuk game lain yang bukan game Switch, sudah tentu butang pada skrin berbeza dengan controller.

Butangnya yang besar memudahkan anda untuk menekannya tanpa tersentuh butang lain. Label butang itu juga mudah dilihat. D-pad pada Omelet Pro juga selesa untuk ditekan dan seronok digunakan. Analog stick mempunyai rim luaran yang bagus. Ibu jari elok sahaja terletak padanya dan tidak licin.

Ciri tambahan yang tersedia pada Omelet Pro

Omelet Pro mempunyai beberapa ciri tambahan yang menarik. Salah satunya ialah butang-butang yang terletak di belakang controller. Fungsinya boleh ditukar bergantung pada game yang anda mainkan. Lebih banyak butang pada controller sangat membantu dalam game yang memerlukan respons yang cepat. Contohnya menukar senjata ataupun gunakan kebolehan.

Kedudukan butang itu juga bagus dan rasa natural apabila ditekan dan dipegang. Tetapi anda hanya boleh customise dan bind semula kekunci pada Omelet Pro kalau game yang anda mainkan mempunyai ciri tersebut, termasuklah butang yang boleh di-map semula. Jika game tidak benarkan anda untuk menukar butang, jadi memang anda tidak boleh manfaatkannya.

Ciri lain pula, ia mempunyai dual vibration yang boleh dilaraskan, tetapi ia tidaklah rumit seperti controller Switch. Tetapi ia masih mampu membuatkan pemain benamkan diri dalam game yang dimainkan. Kalau anda tidak suka pada getaran biasa, laraskan sahaja mengikut kesesuaian masing-masing.

Ia juga mempunyai lima lampu LED yang boleh dihidupkan. Walaupun tidak terikat dengan game yang dimainkan, tetapi ia satu tambahan yang menarik pada controller ini. Cahayanya juga tidak begitu terang dan tidak akan mengganggu semasa bermain.

Pengalaman menggunakannya

Setelah memasangkan contoller pada dock Switch, ia bersambung dengan lancar dan berfungsi dengan serta-merta. Perlu diingatkan bahawa salah satu daripada butang tambahan boleh diubah serta-merta ke butang A pada menu utama.

Saya telah cuba bermain tiga game dengan Omelet Pro iaitu Super Smash Bros, Metroid Dread dan Kirby’s Dream Buffet. Kawalan dalam game semuanya baik-baik belaka. Setiap serangan dan gerakan yang dilakukan terasa sama seperti Pro Controller dan Joycon. Tetapi Omelet Pro boleh dikatakan ebih baik berbanding Joycon kerana butangnya pada bahunya lebih bagus dan tiada drift pada analog. Harga pun lebih murah daripada Joycon dan Pro Controller.

Kalau anda membiarkan controller ini dalam 20 – 25 minit tanpa digunakan, ia akan terpadam dengan sendiri. Jadi terpaksalah untuk sambungkan semula ke konsol untuk hidupkannya semula.

Bateri

Disebabkan kami terus gunakan Omelet Pro untuk bermain game, kami tidak sempat untuk periksa berapa lama bateri controller ini bertahan. Tetapi kalau habis bateri jangan risau kerana ia hanya memakan masa 2 jam sahaja untuk bateri penuh semula. Jadi anda boleh terus main game semula selepas itu.

Kesimpulan

Senang cerita, Omelet Gaming Nintendo Switch Pro ini merupakan controller tanpa wayar hebat dan sangat sesuai untuk dijadikan alternatif untuk controller konsol Switch. Ia juga mempunyai ciri hebat yang sama seperti Nintendo Pro Controller malah lebih murah berbanding controller tersebut. Omelet Pro direka dengan baik, bersama butangnya yang besar dan analog stick yang selesa. Ciri tambahannya juga bagus walaupun butang belakang tidak boleh digunakan pada banyak game.

Jika anda berminat untuk membeli controller ini, anda boleh dapatkannya di halaman Shopee Omelet Gaming.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ControllerOmelet GamingOmelet Gaming Switch Pro Controllerreview
Previous Post

“Aim assist” controller terlalu OP, pemain PC CoD: Warzone mengadu macam “aimbot”

Next Post

Black Clover – Harapan kini makin pudar, Yuno dan Lucius umum perang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Black Clover – Harapan kini makin pudar, Yuno dan Lucius umum perang!

Black Clover - Harapan kini makin pudar, Yuno dan Lucius umum perang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd