Oddworld: Soulstorm yang dilancarkan pada tahun 2021 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC kini akan dibawa masuk ke Nintendo Switch yang akan dikenali sebagai Oddworld: Soulstorm Oddtimized Edition. Microids dan Oddworld Inhabitant mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan beberapa edisi untuk pre-order Oddworld: Soulstorm Oddtimized Edition.
Tentang Oddworld: Soulstorm Oddtimized Edition

Dalam Soulstorm, anda mesti bantu Abe dalam perjalanannya untuk membebaskan lebih daripada 1,000 Mudokon daripada rantai yang menindas yang memperhambakan mereka. Menghadapi masa depan yang tidak menentu dan masa lalu, gunakan naluri dan skill anda untuk mengesan, bertahan dan mungkin mencetuskan revolusi.
Berbekalkan pelbagai taktik, gunakan sampah yang dibuang untuk menghasilkan senjata yang kuat. Tentukan cara terbaik untuk membawa perjuangan kepada penindas anda dan menyelamatkan semua Mudokon.
Ciri-ciri penting

- Platformer Action-Adventure – Mengembangkan genre platform dengan menambahkan elemen RPG-lite.
- Epic Scope – Soulstorm adalah platformer action-adventure 2.9D dengan gameplay selama 15 jam.
- Revolutionary – Jalan cerita gelap dengan humor yang berpintal dan wujud dalam keadaan manusia.
- Pelbagai pengakhiran jalan cerita – Soulstorm mempunyai 15 level dan dua level tambahan yang boleh dibuka pada penghujung game serta empat pengakhiran.

Pemain yang membuat pre-order untuk edisi limited dan collector akan menerima soundtrack original dan artbook digital. Berikut adalah maklumat terperinci bagi setiap edisi yang disediakan:
Limited Oddition

- Bekas besi yang mengandungi 24 slot
- 3 cetakan art
Collectors Oddition

- Kotak pengumpul yang unik
- Oddworld: Soulstorm edisi standard
- Bekas besi yang mengandungi 24 slot
- Patung 9 inci (22cm) eksklusif Abe berwarna perak
- Artbook premium yang mengandungi 160 halaman
- Rantai kunci Mining Company
- 3 cetakan art
- Sticker Modukon Tribal
- Tatu tangan Abe
Buat masa sekarang, Oddworld: Soulstorm masih tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran untuk Nintendo Switch. Jika, anda berminat untuk mendapatkan Oddworld: Soulstorm pada platform lain, ia telah tersedia di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Nantikan pengumuman seterusnya untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan game ini.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post