Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NVIDIA rasmi melancarkan GPU ultra GeForce RTX 3090 Ti & varian murah RTX 3050!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 5, 2022
in Acara, GPU, Teknologi
0 0
0
NVIDIA rasmi melancarkan GPU ultra GeForce RTX 3090 Ti & varian murah RTX 3050!
Share on FacebookShare on Twitter

NVIDIA hari ini melancarkan kad grafik desktop GPU ultra canggih GeForce RTX 3090 Ti & varian murah RTX 3050 semasa acara CES 2022!

Kita terangkan GPU RTX 3050 dahulu. Berasaskan silikon “GA106” 8 nm yang sama dengan RTX 3060, sebanyak 1/3 daripada “streaming multiprocessor” (SMs) telah dinyahaktif. Walaupun “GA106” secara fizikal mempunyai 3,840 CUDA core, hanya 2,560 sahaja yang dapat digunakan di RTX 3050. Satu lagi perbezaan besar antara RTX 3050 dan RTX 3060 ialah memori. RTX 3050 menampilkan 8 GB memori GDDR6 (128-bit), manakala RTX 3060 mempunyai 12 GB (192-bit).

Rujukan spesifikasi pula menunjukkan kadar jam GPU RTX 3050 meningkat sehingga 1780 MHz. Dengan papan kuasa 130 W, kad grafik itu boleh digunakan walaupun dengan PCIe 6-pin connector, tetapi NVIDIA menjadikan 8-pin sebagai standard. Kegunaan paling lazim untuk RTX 3050 adalah sesi gaming 1080p dengan RTX ray tracing bersama DLSS. Tanpa ray tracing, ia sepatutnya dapat menjalankan game AAA pada resolusi 1080p dengan tetapan yang agak tinggi.

Akan tersedia mulai 27 Januari 2022, RTX 3050 dijual pada nilai harga $249 (anggaran RM1,043.63).

Sekarang baru kita sentuh tentang Geforce RTX 3090 Ti yang dianggap sebagai “kad grafik paling hebat” di NVIDA buat masa ini. Sama seperti RTX 3090, ia akan tersedia sebagai produk “Founders Edition” rekaan NVIDIA, serta kad grafik tersuai. Bagi versi Founders Edition, kad grafik itu mempunyai 16-pin power connector baharu untuk menghantar kuasa dalam jumlah yang tinggi. Ini amat diperlukan kerana RTX 3090 Ti mempunyai papan kuasa 450 W, yang lebih 100 W daripada pendahulunya.

RTX 3090 Ti memaksimumkan silikon GeForce “Ampere” terbesar NVIDIA, dengan nama kod “GA102.” Ini bermakna kesemua 10,752 CUDA core, 84 RT core, dan 336 Tensor core diaktifkan. Apabila melihat dengan lebih terperinci, kiraan CUDA core sebenarnya tidak jauh beza daripada RTX 3090 yang jumlah nilainya 10,496.

Memandangkan nilai nombor hampir kurang sama, mungkin ada yang mempertikaikan harganya yang mahal. Sebenarnya, NVIDIA turut menaik taraf subsistem memori. Walaupun jumlah memori tidak berubah dan kekal hanya 24 GB, syarikat menggunakan cip memori GDDR6X berkadar 21 Gbps yang lebih pantas, manakala RTX 3090 menggunakan cip memori berkadar 19.5 Gbps. Satu lagi aspek kenapa ia menelan banyak kuasa adalah kekerapan GPU Boost yang kini cecah 1860 MHz berbanding kadar 1695 MHz di RTX 3090.

NVIDIA dijangka akan melancarkan GPU RTX 3090 Ti pada bulan Januari 2022, tetapi masih belum memuktamadkan harga.

Untuk segala liputan kami tentang kad grafik, sila tekan pautan ini.

Sumber – PCGamer 1, 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GPUkad grafiknvidiaRTX 3050RTX 3090 Ti
Previous Post

Death Stranding Director’s Cut akan hadir di PC tahun ini! Satu lagi game eksklusif konsol untuk PC gamer!

Next Post

Game mobile open world Need for Speed dalam pembangunan oleh TiMi Studios & EA

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Pemenang Apple Design Awards 2025, Termasuk Balatro & Infinity Nikki
Anugerah

Pemenang Apple Design Awards 2025, Termasuk Balatro & Infinity Nikki

June 4, 2025
Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Next Post
Game mobile open world Need for Speed dalam pembangunan oleh TiMi Studios & EA

Game mobile open world Need for Speed dalam pembangunan oleh TiMi Studios & EA

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd