Di acara Nintendo Direct malam tadi, Nintendo telah mengumumkan The Legend of Zelda: Echoes of Wisdom untuk Nintendo Switch, yang akan dilancarkan pada 26 September. Berbeza daripada game dahulu, kali ini Zelda akan menjadi protagonis utama, bukannya Link.
Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan video trailer yang menunjukkan gameplay umum:
“Terpulang kepada Zelda dan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kerajaan Hyrule dalam cerita baharu untuk siri The Legend of Zelda. Penduduk Hyrule telah diculik oleh kejadian Rfit aneh yang tiba-tiba muncul, di mana seorang “pahlawan hebat” juga merupakan antara mereka yang hilang.”
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/The-Legend-of-Zelda-Echoes-of-Wisdom_link.jpg)
Bekerjasama dengan pari misteri, Tri, dan gunakan kuasa Tri Rod untuk mencipta “echoes”—tiruan benda yang ada dalam persekitaran. Kemudian cipta semula echoes tersebut apabila anda ingin menyelesaikan teka-teki dan mengalahkan musuh.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/The-Legend-of-Zelda-Echoes-of-Wisdom_echoes.jpg)
Gunakan blok “echoes” untuk mencapai tempat lebih tinggi, bina jambatan daripada katil lama, baling batu ke arah musuh – atau cari kombinasi echoes kreatif sendiri untuk bermain mengikut cara anda. Anda juga boleh mencipta echoes daripada raksasa untuk bertarung di sisi anda dalam pertarungan. Sertai Zelda dalam usaha untuk menyelamatkan Hyrule dalam The Legend of Zelda: Echoes of Wisdom!
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/The-Legend-of-Zelda-Echoes-of-Wisdom_combat.jpg)
Selain itu, konsol Nintendo Switch Lite Hyrule Edition berwarna emas yang dihiasi dengan Hylian Crest dan diilhamkan oleh siri Legend of Zelda turut diumumkan dan akan dilancarkan pada 26 September juga.
![](https://cdn.gamersantai.com/2024/06/nintendo-switch-lite_hyrule-edition.jpg)
Pada masa yang sama, pemain boleh menikmati akses kepada pelbagai game klasik Legend of Zelda daripada zaman NES, Super NES, Game Boy, Nintendo 64 dan Game Boy Advance dengan langganan Nintendo Switch Online + Expansion Pack individu selama 12 bulan yang disertakan sekali bersama konsol ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post