Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch “next-gen” dalam pembikinan untuk 2021! Mungkin Nintendo Switch Pro!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2020
in Artikel, Berita, Nintendo Switch
0 0
0
Nintendo Switch “next-gen” dalam pembikinan untuk 2021! Mungkin Nintendo Switch Pro!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah laporan baru mendakwa bahawa model Nintendo Switch baru mungkin akan dilancarkan pada awal tahun depan. Ini mengikuti beberapa laporan dan khabar angin yang versi “Nintendo Switch Pro” akan dikeluarkan dalam masa terdekat, walaupun Nintendo belum secara rasmi mengumumkan apa-apa semacam itu. Satu-satunya yang pasti ialah Nintendo mengesahkan bahawa tiada model Nintendo Switch baru akan diumumkan pada tahun ini.

Laporan baru itu disiarkan oleh Economic Daily News Taiwan, yang memetik sumber daripada beberapa syarikat pengeluar. Menurut laporan, model Nintendo Switch baru mempunyai paparan yang lebih baik dan lebih banyak interaktiviti. Maksud sebenarnya masih tidak jelas kerana “interaktiviti” membawa pelbagai maksud yang berbeza seperti kemunculan Ring Fit Adventure dan amiibo.

Laporan dari awal tahun menunjukkan bahawa model Nintendo Switch baru ditetapkan untuk tahun 2020, tetapi ada kemungkinan yang penangguhannya berkait rapat dengan COVID-19 yang menghalangi pembangunan. “Awal tahun depan” ialah peluang yang baik untuk sebuah pelancaran konsol baru, dan jika Switch baru ini benar-benar lebih hebat, ia bantu Nintendo bersaing dengan PS5 dan Xbox Series X.

Seperti biasa, janganlah kita percaya bulat-bulat sehingga Nintendo secara rasmi mengumumkan sesuatu. Hanya Nintendo Switch dan Nintendo Switch Lite sahaja yang dirasmikan buat masa ini tetapi jika benar model Nintendo Switch baru keluar, adakah anda berminat untuk belinya?

Sumber – VGC

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendonintendo switchNintendo Switch LiteNintendo Switch Pro
Previous Post

Siri Animasi World of Warcraft Shadowlands’ akan didedahkan di gamescom Opening Night Live stream!

Next Post

Bukan sahaja muzik, pelbagai etnik Malaysia juga di No Straight Roads! Ini full review dari kami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Bukan sahaja muzik, pelbagai etnik Malaysia juga di No Straight Roads! Ini full review dari kami!

Bukan sahaja muzik, pelbagai etnik Malaysia juga di No Straight Roads! Ini full review dari kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd