Nintendo Switch akan mempunyai beberapa aksesori pihak ketiga menarik untuk dipilih seperti kayu golf dan buku lima, untuk mereka yang ingin “meningkatkan” pengalaman permainan! Pertama sekali, syarikat Venom telah menghasilkan dua “controller” yang menyerupai kayu golf. Dijangka akan dilancarkan bulan depan, aksesori ini diinspirasikan oleh Mario Golf: Super Rush. Aksesori seperti kayu golf sebenarnya sudah lama dilancarkan, tetapi aksesori yang menyerupai seperti senjata buku lima memang tidak pernah dilihat dalam industri permainan video! Dihasilkan oleh syarikat Answer, aksesori “Brass Knuckle” ini adalah untuk “permainan yang menggunakan cengkaman seperti kecergasan.”


Brass Knuckle diwarnakan sebegitu agar sesuai dengan kombinasi merah dan biru Joy-Con, manakala Golf Club Joy Con berwarna merah hijau untuk menyerupai Mario dan Luigi. Brass Knuckles kini tersedia untuk dibeli di Play-Asia, tetapi harap maklum Golf Club oleh Venom kini habis dijual di Amazon! Memandangkan Mario Golf: Super Rush mempunyai tetapan “motion control” optional, kemungkinan besar ramai ibu bapa membelinya untuk anak-anak mereka bagi menggandakan keseronokan.
Ketika era Switch berterusan dalam tempoh PKP ini, saya pun tertarik untuk melihat aksesori apakah yang akan dikeluarkan selepas ini! Khabar angin mengenai Nintendo Switch Pro telah meningkat sejak kebelakangan ini, dan ada sumber mengatakan mereka akan umumkan peranti baru ini semasa E3. Buat masa ini, peminat hanya mampu menunggu dan melihat apa yang Nintendo akan umumkan!
Pernah tak anda beli akesori tidak masuk akal seperti ini untuk sistem permainan anda? Adakah berminat untuk membeli aksesori Nintendo Switch yang serupa kayu golf atau buku lima ini? Jom kongsikan pendapat di ruang komen sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Switch, sila tekan sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post