Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch kini mengatasi rekod Xbox 360 dan PS3 dengan penjualan sebanyak 89 juta unit!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 6, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, Platform
0 0
0
Nintendo Switch kini mengatasi rekod Xbox 360 dan PS3 dengan penjualan sebanyak 89 juta unit!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat Nintendo mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mencatat rekod jualan konsol Nintendo Switch sebanyak 89.04 juta! Hasil dari pencapaian ini, konsol Switch dilaporkan telah mengatasi rekod jualan seumur hidup Xbox 360 dan PlayStation 3. Nintendo juga menyatakan konsol next-gen mereka ini mempunyai rekod penjualan yang baik sejak dilancarkan pada tahun 2017.

Nintendo telah mengeluarkan laporan kewangan terbarunya dan sangat berbangga dengan penjualan seumur hidup dari Nintendo Switch. Konsol tersebut telah menjual sebanyak 89.04 juta unit pada 30 Jun 2021, dan ini menempatkan Switch di hadapan rekod Xbox 360 (84 juta unit pada tahun 2014) serta PS3 (87.4 juta unit pada tahun 2017). Namun, Nintendo Switch masih belum mampu memecahkan rekod jualan Game Boy dan Nintendo DS buat masa ini.

Walaupun rekod penjualan keseluruhan konsol ini sangat memberansangkan, tetapi Nintendo menyatakan laporan jualan suku pertama tahun 2021 tidak memuaskan. Untuk suku pertama ini, hanya 4.45 juta unit Switch dan 45.29 juta game-nya direkodkan terjual, serta mengalami penurunan sebanyak 21.7% berbanding jualan semasa Q1 tahun lalu. Nintendo menyatakan kejayaan besar tahun lalu adalah disebabkan pelancaran Animal Crossing: New Horizons tepat ketika wabak pandemik baru bermula.

Dengan 12 juta unit lagi sebelum dapat memecahkan rekod jualan Nintendo Wii, Switch masih mempunyai banyak masa untuk mendapatkan gelaran konsol Nintendo terlaris. Mungkin dengan pelancaran Nintendo Switch OLED yang baru diumumkan awal bulan Julai lalu akan membantu meningkatkan jualan keseluruhan konsol ini. Namun, ia bakal mempunyai saingan yang hebat kerana peranti Steam Deck bakal dilancarkan akhir tahun 2021, dan ianya mempunyai spesifikasi lebih canggih dari konsol Switch.

Selain itu, Nintendo juga turut berkongsi rekod kemaskini untuk tajuk game first-party Nintendo Switch. Anda boleh lihat senarai 10 tajuk game Switch terlaris dibawah:

  1. Mario Kart 8 Deluxe – 37.08 juta
  2. Animal Crossing: New Horizons – 33.89 juta
  3. Super Smash Bros. Ultimate – 24.77 juta
  4. The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 23.20 juta
  5. Pokemon Sword / Pokemon Shield – 21.85 juta
  6. Super Mario Odyssey – 21.40 juta
  7. Super Mario Party – 15.72 juta
  8. Pokemon: Let’s Go, Pikachu! / Pokemon: Let’s Go, Eevee! – 13.57 juta
  9. Splatoon 2 – 12.45 juta
  10. Ring Fit Adventure – 11.26 juta

Nintendo juga mengumumkan rekod penjualan tambahan, termasuk tajuk rasmi pertama baru untuk New Pokemon Snap, Mario Golf: Super Rush, dan versi Switch dari Miitopia.

  1. Super Mario 3D World + Bowser’s Fury – 6.68 juta
  2. New Pokemon Snap – 2.07 juta (Baru)
  3. Mario Golf: Super Rush – 1.34 juta (Baru)
  4. Miitopia – 1.04 juta (Baru)

Dengan pelancaran Nintendo Switch OLED pada 8 Oktober nanti, mungkin dapat menjadikan Nintendo Switch sebagai konsol Nintendo terlaris dalam sejarah tidak lama lagi. Anda juga boleh membaca liputan kami mengenai rekod jualan PlayStation 5 yang baru diumumkan pada minggu lalu. Untuk membaca lebih banyak lagi mengenai Nintendo, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Sumber: Nintendo

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: nintendonintendo switchNintendo Switch LiteNintendo Switch OLED
Previous Post

Ujian beta Riders Republic akan bermula pada 23 Ogos!

Next Post

Jika Fortnite ada Ariana Grande, PUBG ada BLACKPINK!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Jika Fortnite ada Ariana Grande, PUBG ada BLACKPINK!

Jika Fortnite ada Ariana Grande, PUBG ada BLACKPINK!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd