Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch kini konsol ke-3 paling terlaris di dunia – melepasi PS4, Game Boy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 8, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Konsol
0 0
0
Nintendo Switch kini konsol ke-3 paling terlaris di dunia – melepasi PS4, Game Boy!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menghadapi peningkatan populariti yang ketara semasa era pandemik, kita dapat berita rasmi bahawa konsol Nintendo Switch kini adalah konsol ketiga paling terlaris di seluruh dunia!

Khususnya, sebanyak 122.55 juta unit Nintendo Switch telah dijual di seluruh dunia setakat 31 Disember di mana jumlah ini termasuk jualan Nintendo Switch standard, Lite dan OLED. Info ini didedahkan melalui mesyuarat keuntungan Nintendo untuk tiga suku pertama bagi tahun fiskal 2022 (1 April 2022 hingga 31 Disember 2022).

  • PS4
  • Nintendo DS

Pencapaian baharu ini bermakna bahawa Nintendo Switch telah berjaya melebihi jualan PlayStation 4 secara rasmi (laporan kali terakhir mengatakan bahawa PS4 telah menjual 117.2 juta unit pada 31 Mac 2022). Memandangkan Switch adaah konsol ketiga terlaris di seluruh dunia, siapakah di atas? Menurut data, tempat pertama dipegang oleh PlayStation 2 dengan lebih 155 juta unit terjual dan Nintendo DS dengan 154.02 juta unit terjual.

Pada masa yang sama, Nintendo turut berkongsi jumlah jualan baharu untuk game first-party di Switch. Berikut adalah “10 game first-party Switch yang paling laris”:

  1. Mario Kart 8 Deluxe – 52 juta
  2. Animal Crossing: New Horizons – 41.59 juta
  3. Super Smash Bros. Ultimate – 30.44 juta
  4. The Legend of Zelda: Breath of the Wild – 29 juta
  5. Pokemon Sword / Pokemon Shield – 25.68 juta
  6. Super Mario Odyssey – 25.12 juta
  7. Pokemon Scarlet / Pokemon Violet – 20.61 juta
  8. Super Mario Party – 18.79 juta
  9. Ring Fit Adventure – 15.22 juta
  10. Pokemon: Let’s Go, Pikachu! / Pokemon: Let’s Go, Eevee! – 15.07 juta

Nintendo Switch telah berada di pasaran sejak 2017 selama kira-kira 5 tahun lebih, jadi tidak terkejutlah jika ada khabar angin tentang penggantinya. Ada yang kata Nintendo akan mengenalkan konsol baru dengan perkakasan dan grafik yang dipertingkatkan, tetapi buat masa ini, kita masih tiada pengesahan rasmi.

Buat pemilik Nintendo Switch, bagaimana pengalaman korang bersama konsol tersebut? Jom kongsikan di ruang komen!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Konsolnintendo switch
Previous Post

Resident Evil Kembali dengan Filem CGI Baru Bertajuk “Death Island”! Akan Ditayangkan Pada 2023!

Next Post

Barisan Terbaharu Laptop Gaming ROG Zephyrus 2023 Diperkenalkan di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Barisan Terbaharu Laptop Gaming ROG Zephyrus 2023 Diperkenalkan di Malaysia!

Barisan Terbaharu Laptop Gaming ROG Zephyrus 2023 Diperkenalkan di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd