Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nintendo Switch 2 Berharga RM2,488 di Malaysia, Pre-Order Dibuka untuk Pelancaran 3 Julai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 20, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, Tempatan
0 0
0
Nintendo Switch 2 Berharga RM2,488 di Malaysia, Pre-Order Dibuka untuk Pelancaran 3 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Nintendo akhirnya mengumumkan harga rasmi Nintendo Switch 2 untuk pasaran Malaysia. Konsol generasi baharu ini boleh mula dipra-tempah bermula hari ini, dengan pelancaran rasmi dijadualkan pada 3 Julai. Untuk pra-tempah, sila layari kedai rasmi mereka di Shopee atau Lazada.

Untuk edisi standard, ia ditawarkan pada harga RM2,488, manakala pakej khas bersama Mario Kart World dijual pada RM2,688. Konsol ini pasti akan menarik perhatian komuniti gaming tempatan dan akan tersedia di pengedar rasmi di pusat membeli-belah utama seluruh negara.

Harga dan Pilihan Pakej

Nintendo Switch 2 hadir bersama waranti rasmi selama satu tahun untuk set Malaysia, memberikan jaminan kepada pembeli. Pusat servis rasmi turut menawarkan penggantian unit baru bagi sebarang kerosakan, bukannya pembaikan, sekali gus menunjukkan komitmen Nintendo terhadap kualiti. Pembeli disarankan untuk mendapatkan set rasmi dengan waranti tempatan bagi mengelakkan risiko masalah daripada set import tidak sah.

Harga rasmi untuk konsol:

  • Nintendo Switch 2 (Standard): RM2,488 (termasuk waranti rasmi satu tahun)
  • Nintendo Switch 2 + Mario Kart World Bundle: RM2,688 (termasuk game card Mario Kart World dan waranti rasmi satu tahun)

Senarai Game Semasa Pelancaran

Seiring dengan pelancaran Switch 2, pelbagai game eksklusif bakal dilancarkan bagi memenuhi citarasa pelbagai jenis pemain:

  • Mario Kart World – RM398
  • Tamagotchi Plaza Nintendo Switch 2 Edition – RM230
  • The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Nintendo Switch 2 Edition – RM298
  • The Legend of Zelda: Breath of the Wild Nintendo Switch 2 Edition – RM265
  • Bravely Default: Flying Fairy HD Remake – RM165

Aksesori Rasmi

Nintendo turut memperkenalkan pelbagai aksesori rasmi dengan waranti rasmi satu tahun untuk produk yang berkaitan, direka untuk melengkapkan pengalaman bermain di Switch 2:

  • Nintendo Switch 2 Pro Controller – RM388
  • Joy-Con 2 (L/R) Light Blue/Light Red – RM498
  • Joy-Con 2 (L) Light Blue – RM258
  • Joy-Con 2 (R) Light Red – RM258
  • Nintendo Switch 2 Camera – RM258
  • Joy-Con 2 Charging Grip – RM183
  • Joy-Con 2 Wheel (2 unit dalam 1 set) – RM108
  • Nintendo Switch 2 AC Adapter – RM168
  • Nintendo Switch 2 Carrying Case & Screen Protector – RM128
  • SanDisk microSD Express Card 256GB untuk Nintendo Switch 2 – RM298

Nintendo Switch Online & eShop Akan Datang ke Malaysia

Sebagai peringatan, Nintendo turut mengesahkan bahawa perkhidmatan Nintendo Switch Online dan Nintendo eShop versi Malaysia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, pemain terpaksa menggunakan akaun dari negara lain untuk membuat pembelian digital. Langkah ini menjadi titik penting dalam pengukuhan kehadiran Nintendo di Asia Tenggara, khususnya Malaysia.

Walaupun tarikh rasmi pelancarannya masih belum diumumkan, pengesahan ini sudah cukup memberikan harapan kepada komuniti tempatan.

Untuk info lanjut mengenai konsol ini, anda boleh rujuk liputan penuh kami sebelum ini tentang ciri dan perkembangan terkini Nintendo Switch 2.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nintendo Switch 2
ShareTweetSend
Previous Post

Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!

Next Post

Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Limited Edition Rasmi Masuk Malaysia, Harga RM1,299

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!
Berita

Civilization: Eras & Allies Lancar Hari Ini di Malaysia, Memberi Definisi Baru Kepada Genre Mobile Strategy!

June 19, 2025
Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!
Berita

Aplikasi Pendidikan “Climate Station” Dilancarkan Percuma Untuk PS5 & PS VR2!

June 19, 2025
Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi
Temuramah

Interviu Onimusha: Way of the Sword – Babak Baharu Diukir dalam Tradisi & Inovasi

June 19, 2025

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd