Buat pertama kali di Asia Tenggara, Nintendo POP-UP STORE akan dibuka di Singapura untuk tempoh masa terhad, dari 17 November 2023 hingga 1 Januari 2024. Kedai ini akan menampilkan barangan daripada game seperti Super Mario, Animal Crossing , Legend of Zelda, Splatoon dan Pikmin. Kalau anda ingin tahu, merchandise ini dahulunya hanya tersedia di kedai Nintendo TOKYO, Nintendo OSAKA dan Nintendo KYOTO. Berikut adalah maklumat ringkas kedai:

Nintendo POP-UP STORE in SINGAPORE
- Tarikh: November 17, 2023 – January 1, 2024
- Lokasi: Jewel at Changi Airport, Level 04-220/221
- Dikendalikan oleh: Avex Asia
Hadir dengan barisan produk menarik
Highlight utama barisan produk ialah ilustrasi istimewa: Dengan Mario mendahului, watak-watak termasuk Squid Ring daripada Splatoon, Isabelle dan penduduk daripada Animal Crossing, Link daripada The Legend of Zelda dan banyak lagi game akan hadir di kedai tersebut. Ilustrasi ini akan dipaparkan pada merchandise asli khas yang akan tersedia untuk pembelian. Nantikan maklumat lanjut mengenai produk lain yang akan diumumkan pada masa akan datang.
Highlight Nintendo POP-UP STORE in SINGAPORE
- Poskad khas Singapura
Untuk meraikan Nintendo POP-UP STORE in SINGAPORE, enam jenis poskad yang direka secara eksklusif akan tersedia. Pembeli yang membelanjakan S$80 atau lebih dalam satu transaksi di kedai akan menerima 1 daripada poskad edisi terhad ini, sementara stok masih ada.


- Kempen Pelekat Check-In Akaun Nintendo
Pemain yang mendaftar masuk ke Akaun Nintendo di tempat itu boleh mengumpul pelekat khas untuk menandakan acara istimewa ini. Setiap orang boleh mendaftar masuk sekali sehari, dan akan menerima satu pelekat daripada 18 reka bentuk yang tersedia. Reka bentuk pelekat akan dikeluarkan secara rawak.
Senang sahaja untuk menebusnya, peminat boleh log masuk ke akaun berdaftar mereka dan daftar masuk ke kedai dengan memaparkan kod QR yang dikeluarkan pada peranti tablet yang terletak di pintu masuk kedai. Selepas pengesahan oleh kakitangan kedai, peminat akan menerima pelekat itu.
Anda boleh lawati laman web rasmi Nintendo untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai POP UP STORE ini! Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post