Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ninjala berkolaborasi dengan Demon Slayer sempena acara ulang tahun pertama mereka!

Acara Ninjala X Demon Slayer akan berlangsung pada 19 Julai sehingga 30 Ogos

Amir Haziq by Amir Haziq
June 28, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Fighting, Genre, Nintendo Switch, Platform
0 0
0
Ninjala berkolaborasi dengan Demon Slayer sempena acara ulang tahun pertama mereka!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, GungHo Online Entertainment telah mengumumkan pelbagai kandungan baru sempena ulang tahun pertama game multiplayer Ninjala mereka. Kini, musim keenam Ninjala sedang berlangsung dan mereka telah membuat kempen serta pertandingan baru yang menampilkan kolaborasi bersama Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba. Acara ulang tahun pertama Ninjala dan kolaborasi bersama Demon Slayer hanya akan tersedia untuk masa yang terhad.

Musim keenam Ninjala telah bermula pada 17 Jun dan menawarkan pemain banyak kandungan baru termasuk pentas baru seperti Sphinx Valley, dua Gum Weapon baru, kad Shinobi dan kedai Shinobi baru, serta pas mini bajet. Bermula 25 Jun lalu, Ninjala telah memulakan “1st Anniversary Campaign” dimana pemain yang log masuk sehingga 7 Julai nanti akan menerima 1,000 Jalas. Acara ini juga menyediakan “1st Anniversary Celebration Sale” dimana pemain boleh membeli Story pack berharga $0.99 (anggaran RM4.11) yang mengandungi Chapter 1 dan Chapter 2 permainan.

Bermula 17 Julai nanti, Ninjala akan mengadakan acara “1st Anniversary Cup”, dimana ia merupakan kejohanan peringkat khas yang dibuka untuk semua wilayah dan sesiapa yang menyertainya akan mendapat sticker sebagai hadiah. Sepanjang acara ini, pemain perlu mengumpulkan point, dimana empat pemain teratas akan memperoleh IPPON Decoration dan Emote. Pertandingan ini juga akan memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan IPPON Decoration, Emotes, Gumball Machine Coins dan Ninja Medal.

Di samping itu, acara kolaborasi Ninjala dan Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba akan bermula pada 19 Julai nanti. Pelbagai item dari anime popular ini akan tersedia seperti Avatar Outfit untuk watak Tanjiro Kamado, Nezuko Kamado, Zenitsu Agatsuma, Kyojuro Rengoku, dan Muzan Kibutsuji. Acara ini turut menampilkan dekorasi senjata seperti Demon Slayer Corps untuk Ninja-Gums, serta beberapa pergerakkan Emote yang menunjukkan aksi First Form: Water Surface Flash, First Form: Thunderclap and Flash dan Second Form: Rising Scorching Sun. Malah, di acara “1st Anniversary Cup” juga pemain boleh mendapatkan item khas bertemakan Demon Slayer.

Anime Demon Slayer kini sedang mendapat sambutan hangat dari filem Demon Slayer: Mugen Train! Jadi ini adalah masa yang sesuai untuk peminat memasukkan hero-hero kegemaran mereka di Ninjala. Acara kolaborasi Ninjala dan Demon Slayer kini telah pun bermula dan akan berlangsung sehingga 30 Ogos, serta pemain boleh mengharapkan musim ke-7 game ini mempunyai mod pertempuran dan visual lobi yang baru!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ninjala 1st AnniversaryNinjala X Demon Slayernintendo switch
Previous Post

Projek Deep Insanity cross-media didedahkan oleh Square Enix, ianya termasuk Deep Insanity: Asylum!

Next Post

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles juga mendapatkan pelepasan Oktober ini di Asia!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles juga mendapatkan pelepasan Oktober ini di Asia!

Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles juga mendapatkan pelepasan Oktober ini di Asia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd