Square Enix akhirnya mendedahkan tarikh pelancaran untuk carnation NieR Re[in]carnation di Jepun. Sebuah siaran langsung Istimewa sempena Hari Krismas, yang ditayangkan pada 24 Disember 2020, telah mengesahkan bahawa permainan mudah alih NieR Reincarnation akan tersedia di negara Jepun pada 18 Februari 2021.
Pengarah untuk NieR Reincarnation, Daichi Matsukawa juga mendedahkan sebuah trailer baru semasa siaran langsung yang menunjukkan watak 2B, 9S, dan A2 daripada NieR: Automata bertarung bersama sebagai ahli parti dalam RPG mudah alih tersebut. Kandungan kolaborasi NieR: Automata ini akan tersedia sekali ketika Reincarnation dilancarkan.
NieR Reincarnation pada mulanya dirancang untuk pelancaran di Jepun pada tahun 2020. Pada satu masa, Apple App Store Jepun pernah menyenaraikan tarikh pelancarannya pada 23 Disember 2020. Namun, Square Enix mengumumkan bahawa pelancaran permainan mudah alih ini akan ditangguhkan kepada separuh pertama 2021 .
Sebuah ujian beta tertutup untuk NieR Reincarnation telah diadakan di Jepun daripada 29 Julai 2020 hingga 5 Ogos 2020. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa walaupun kebanyakan penguji berpuas hati dengan keseluruhan permainan dan jalan cerita, kebanyakkan tidak berpuas hati dengan fungsi permainan dan kawalan. Pasukan pemaju kemudian menggunakan keputusan daripada tinjauan ini untuk menumpukan perhatian pada memperbaiki permainan sebelum pelancaran rasmi.
NieR Reincarnation akan tersedia untuk peranti Android dan iOS di Jepun pada 18 Februari 2021. Versi global juga sedang tetapi tiada tarikh rasmi diberi. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post