Kali terakhir kemaskini untuk Resident Evil Resistance adalah kehadiran Jill Valentine sendiri kedalam permainan sebagai salah satu watak “Survivors” yang boleh dipilih dalam permainan ini. Dalam kemaskini tersebut kami turut menyatakan bahawa ada kemaskini yang akan datang turut membawa Mastermind baru juga. Ya! Kemas kini kandungan baru untuk Resident Evil Resistance tersedia sekarang, membawa watak Mastermind terbaru yang licik dan kejam Nicholai Ginovaef! juga sebagai bioweapon nya yang khas adalah si Nemesis yang ganas!
Temui Mastermind terbaru: Nicholai Ginovaef!
Nicholai Ginovaef
Insentif Nicholai Ginovaef untuk menyertai eksperimen ini adalah kerana wang semata-mata. Pengalamannya sebagai tentera upahan telah menjadikannya sebagai penembak jitu yang mahir dan oportunis yang pintar. Walaupun Survivors berjaya melarikan diri dari buruannya, mereka akan segera diburu oleh Nemesis yang sering menggangu dijalanan!
Nemesis
Nampaknya Nemesis bukan sekadar dalam Resident Evil 3 Remake, dia juga menjadi bioweapon dari Umbrella dalam RE Resistance! Jadi anda dah bersedia dengan kejutan dan ketakutannya lagi? Kendalikan bioweapon Nemesis dan cari Survivors. Menarikna anda boleh mengesan Survivors dengan senang. Antara Tyrone dan Nemesis, mana satu pilihan anda? Jangan lupa untuk memilih Jill sebagai watak Survivor terbaru!
Jom kita lihat antara tangkapan skrin dalam serangan Nicholai dan Nemesis;

@gamersantaimy
Discussion about this post