NetEase Games melancarkan satu game baharu, Never After pada 14 Jun 2022 di seluruh Asia Tenggara termasuk negara tercinta kita, Malaysia. Seiring dengan pelancaran game tersebut, mereka akan mengadakan acara istimewa dalam game dan giveaway. Game ini telah tersedia di Google Play dan App Store.

Never After ialah game MMORPG yang berlatarkan dunia dongeng. Dalam game ini, banyak watak yang korang akan kenal seperti Snow White. Cuma ia akan ditambah sedikit keunikan. Dalam dunia ini, watak-watak seperti Snow White menjadi wira yang akan melawan Wicked Queen.
Yang lebih menarik mengenai game ini, pemain boleh menggabungkan kuasa tidak kisah sama ada dia jahat ataupun baik. Dengan adanya elemen sosial yang baik, game ini membenarkan korang berinteraksi dengan pemain lain.

Seiring dengan pelancaran Never After, mereka akan meraikannya dengan memberikan ganjaran harian dan ganjaran istimewa pada hari yang terakhir. Pemain yang bermain semasa hari pelancaran, mereka akan menyertai acara 8-day check-in yang akan diberikan ganjaran istimewa termasuk SSR Fairytale Partner – Prince Charming pada hari kedua dan Golden Unicorn pada hari ketujuh.
Selain itu, mereka akan memberikan quest dalam game di mana pemain akan menerima Journey Star dan Legendary Fairytale Partner – Little Red Riding Hood. Kepada yang melakukan pembayaran in-app pertama, pemain akan menerima ganjaran termasuk SSR Fairytale Partner Snow White, senjata istimewa level 30 dan draw 10 watak.

Saya ingin mengingatkan korang bahawa Never After telah dilancarkan di Malaysia pada 14 Jun 2022. Jadi, kepada yang berminat nak bermain game ini, korang boleh download sekarang di Google Play dan App Store. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi dari kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post